Category: Uncategorized

Toh Puan Fauziah dahului 1,046 penerima darjah kebesaran

KUCHING: Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sarawak sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar Ke-78 tahun hari ini. Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa […]

Contohi ketabahan, kecekalan Dr Wan Junaidi – Premier Sarawak

KUCHING: Anak Sarawak harus mencontohi ketabahan dan kecekalan ditunjukkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam mencurahkan bakti kepada masyarakat, negeri serta negara. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Dr. Wan Junaidi adalah tokoh yang telah banyak berjasa dengan penuh dedikasi di sepanjang tempoh […]

Pengambilan syarikat MASWING dalam peringkat rundingan lanjutan

KUCHING: Sarawak yakin akan dapat menamatkan rundingan bagi pengambilan syarikat penerbangan MASWING tidak lama lagi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, proses pengambilan syarikat itu kini dalam peringkat rundingan lanjutan. “Saya yakin proses pengambilan Syarikat MASWING yang kini dalam peringkat rundingan lanjutan akan ditamatkan tidak berapa lama lagi,”katanya. Beliau berkata […]

UNIMAS rasmi padang sintetik pertama

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah merasmikan pembukaan padang sintetik di Arena Tun Tuanku Haji Bujang (AT2HB), kampus universiti itu, di sini, hari ini. Menurut kenyataan UNIMAS, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit telah menyempurnakan majlis perasmian pembukaan padang sintetik bagi bolasepak dan ragbi terbabit. “Padang sintetik pertama di Kota Samarahan ini […]

Projek naik taraf dua sekolah daif di Kuching, Sarikei sudah siap

KUCHING: Projek menaik taraf dua sekolah daif yang berharga RM33.6 juta siap sepenuhnya. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Katanya, projek tersebut membabitkan pembinaan gantian penuh 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki di sini. Pembinaan gantian […]

Yayasan OBYU laksanakan CSR

KUCHING: Yayasan OBYU menyumbang sebuah van jenazah kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL), hari ini. Van yang bernilai RM131,195 itu diserah oleh Ahli Lembaga Amanah Yayasan OBYU, Dato Ahmadi Yusoff kepada Pengerusi LAKIL Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu di sini, hari ini. Sebelum ini, Yayasan OBYU mengumumkan bahawa pihaknya akan menyumbang van berkenaan […]

Sarawak catatkan CeIO tertinggi, budayakan intergriti dalam organisasi

KUCHING: Sarawak kini mempunyai jumlah Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) tertinggi berbanding negeri-negeri lain, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, seramai 211 pegawai berkenaan untuk membudayakan integriti di dalam organisasi dan memperkukuhkan budaya tersebut dalam masyarakat. Seramai 25 pegawai CeIO ditempatkan di pelbagai Kementerian, Jabatan (64 pegawai), Badan-Badan Berkanun (55 […]

Hari Jadi TYT: Persiapan lancar

KUCHING: Semua persiapan istiadat perbarisan dan rapat raksaksa sempena hari lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-78 di Padang Merdeka, di sini, pada 12 Oktober ini berjalan dengan baik. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setelah beliau menyaksikan raptai terakhir bagi perbarisan dan rapat raksaksa itu. “Hari […]

TYT terima kunjungan hormat Jawatankuasa Pengelola Program LBAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengelola Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Astana Negeri Sarawak hari ini. Rombongan tersebut diketuai Menteri Kerja Raya merangkap Pengerusi Pengelola Lan Berambeh Anak Sarawak 2024, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi. Ketika ditemui selepas kunjungan tersebut, beliau […]

Sarawak guna digital bangunkan bandar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerapkan transformasi digital dalam pembangunan bandar yang strategik dan inklusif. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, transformasi ini menjadikan bandar di Sarawak mampu berkembang dan membangun. Jelas beliau, Sarawak mulai melabur dalam bandar pintar sebagai inisiatif untuk mengoptimumkan pengurusan bandar dan menambah baik kualiti hidup penduduk. “Artificial […]