Month: November 2023

Penemuan relau peleburan besi purba di Sungai Jaong dianalisa

KUCHING: Analisa berhubung penemuan relau peleburan besi purba di Delta Sungai Sarawak khususnya Sungai Jaong, Santubong tahun lalu kini giat dilakukan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan keputusan analisis radiokarbon terhadap relau itu diperoleh tahun ini menunjukkan bahawa aktiviti metalurgi wujud antara abad ke-10 dan ke-13. “Analisis […]

Sarawak mahu jadi peneraju ekonomi baharu

KUCHING: Sarawak bercita-cita untuk menjadi peneraju serantau dalam inovasi dan ekonomi yang dipacu teknologi. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, oleh itu Kerajaan Sarawak telah meminda Ordinan Hutan, Kanun Tanah dan menggubal Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) baharu 2023 bagi merealisasikan visi itu. “Ordinan ini memberi kuasa kepada kami […]

129 kanak-kanak berkeperluan khas belajar Tadika SeDidik

KUCHING: Tadika SeDidik melalui dasar terbuka baharu mempunyai seramai 129 kanak-kanak berkeperluan khas,setakat Oktober lalu. Seramai 31 kanak-kanak itu mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 98 lagi masih dalam proses pendaftaran. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini setelah Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) SeDidik yang dikawal selia […]

Kejohanan Golf Piala Pusingan P.194 Petra Jaya Ahad ini

KUCHING: Kejohanan Golf Piala Pusingan P.194 Petra Jaya menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM20,000 yang akan berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya, di sini, Ahad ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kejohanan tahunan itu melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, DUN Samariang dan DUN Satok serta DUN Tupong […]

Agensi kerajaan turun padang perjelaskan Belanjawan 2024

KUCHING: Agensi-agensi di bawah Kerajaan Sarawak seperti Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), TVS dan kementerian-kementerian tertentu akan turun ke lapangan untuk mengadakan program libat urus dengan masyarakat akar umbi. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, ini bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang Belanjawan Sarawak […]

Hargai sumbangan penjawat awam, Kerajaan Sarawak umum bonus

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan berita baik itu berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan penjawat awam Sarawak dalam melaksanakan mandat dan menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat. “Bagi […]

Ketepikan kepentingan peribadi, komponen GPS bekerja satu pasukan

KUCHING: Semua ahli komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) diminta mengenepikan kepentingan peribadi dan kepartian sebaliknya memupuk semangat perpaduan dan kerjasama sebagai satu pasukan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi memastikan gabungan itu terus kuat dan gagah sebagai sebuah parti gabungan yang unggul di Malaysia. “Semua ahli komponen GPS […]

Produk barangan halal berkembang pesat peringkat global

KUCHING: Kerajaan melihat permintaan produk barangan pengguna yang diperakui halal sedang berkembang pesat di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini memandangkan perbelanjaan pengguna Islam untuk makanan halal diunjurkan mencecah AS$1.38 trilion menjelang 2024. “Golongan muda yang akan membentuk 60 peratus daripada dua bilion penduduk Islam menjelang 2030, dan ia mempengaruhi […]

RM30 bilion dilulus, biayai 1,104 projek

KUCHING: Sebanyak RM30 bilion diluluskan untuk membiayai 1,104 projek pembangunan di seluruh Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Bagaimanapun, Kerajaan Sarawak menaikkan jumlah siling itu kepada RM38 bilion susulan semakan separuh penggal tahun ini selaras dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau […]

Kilang IBS sokong penyediaan rumah kediaman beroperasi bulan depan

KUCHING: Kilang Industrial Building Sistem (IBS) bagi menyokong usaha menyediakan rumah kediaman mencukupi kepada rakyat Sarawak akan mula beroperasi Disember ini. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kilang IBS terbabit secara usahasama antara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan CTR Technology […]