KUCHING: Nilai dagangan Sarawak dan negara Brunei telah meningkat sebanyak 23.8 peratus atau RM3.76 bilion pada 2023. Nilai eksport Sarawak ke Brunei pula adalah sebanyak RM3.59 billion yang sebahagian besarnya minyak, barangan plastik dan peralatan mesin. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berikutan itu berkata, Sarawak merancang pembukaan pejabat Perdagangan dan Pelancongan […]
Dewan Rakyat: Isu pendidikan Sarawak fokus utama Ahli Parlimen Igan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi sekali lagi membangkitkan isu pendidikan semasa mengambil perbahasan pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini. Dalam perbahasan itu, Ahmad Johnie memberi penekanan mengenai isu kekurangan guru di Sarawak, kekosongan jawatan guru besar dan pengetua yang belum diisi termasuk kawasan Parlimen Igan. Selain itu, isu penurunan enrolmen […]
Kehilangan besar buat S’wak
KUCHING: Sarawak kehilangan pemimpin yang diangkat sebagai bapa permodenan yang mengukuhkan asas kepelbagaian kaum di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah. “Pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud satu kehilangan besar buat kita. Perginya seorang ayahanda, negarawan, pemimpin ulung negara. “Allahyarham juga pemimpin […]
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Aaamiin Allahumma Aamiin
Agong, Permaisuri zahir takziah
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia hari ini. Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.“Allahyarham seorang tokoh yang telah membawa impak cukup besar dan akan sentiasa dikenang, terutamanya oleh rakyat Bumi Kenyalang. Al-Fatihah,” […]
Tinggalkan legasi yang berharga
KUALA LUMPUR: Legasi tidak ternilai yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak akan sentiasa hidup di dalam hati semua. Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal berkata, tokoh ulung dan pemimpin lebih enam dekad itu telah mengabdikan hidupnya untuk Sarawak. Menurutnya, beliau telah membuat sumbangan yang signifikan kepada pembangunan […]
Projek Jalan Pasi ke Tanjung Manis dijangka siap Oktober tahun ini
SARIKEI: Projek pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis berharga RM321 juta kini mendahului jadual sebanyak 86 peratus. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek ini merangkumi pembinaan jalan sepanjang 17 kilometer (KM) termasuk jambatan merentasi Sungai Batang Rajang sepanjang 1.4km. Katanya, projek dibiayai oleh Kerajaan Sarawak sebelum […]
Mutang mampu laksana tugas dengan baik – Awang Tengah
LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin Senator Datuk Mutang Tagal mampu melasanakan tanggungjawabnya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 dengan baik. Katanya, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu mempunyai kebolehan dan pengalaman luas selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen. Awang Tengah turut menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana sekali […]
Undang-undang tubuh entiti kawal pelabuhan Sarawak akan dibawa ke DUN
KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Lembaga Pelabuhan Pusat (satu entiti) yang akan mengawal selia semua pelabuhan di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang penubuhan lembaga terbabit dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mei depan. Katanya, ini akan dilakukan menteri bertanggungjawab iaitu Timbalan Premier Sarawak […]
Sarawak berusaha miliki syarikat penerbangan sendiri
KUCHING: Sarawak akan terus berusaha mendapatkan syarikat penerbangan sendiri supaya dapat mengawal laluan dan harga penerbangannya sendiri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bercadang untuk menawarkan penerbangan terus dari negara-negara Asia ke Kuching sebaik memiliki syarikat penerbangan sendiri. “Oleh itu, kita memerlukan syarikat penerbangan sendiri agar boleh memiliki pengembara […]