Month: March 2024

Kerajaan Pusat yakin isu PADU Sarawak diselesai dengan baik

SAMARAHAN: Kerajaan Pusat yakin isu pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) termasuk penangguhannya di Sarawak boleh diselesaikan dengan baik. “Sebenarnya tidak ada apa nak bincang dan nampak semua isu-isu itu boleh kita selesaikan dengan baik,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hadir sama, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan […]

Paras air empangan seluruh negara masih terkawal – Fadillah

KUCHING: Kerajaan akan terus memantau paras empangan di seluruh negara berikutan cuaca panas dan kering melanda ketika ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini bagi memastikan bekalan air mencukupi dan secara keseluruhan ketika ini paras air di empangan terbabit masih terkawal dan boleh bertahan sekurangnya […]

SIDC benteng Sarawak hadapi penularan wabak penyakit

KOTA SAMARAHAN: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) landasan bagi mengukuhkan keupayaan dan persediaan negeri ini bagi menghadapi penularan wabak penyakit. Mengambil iktibar penularan Covid-19 2020, SIDC akan menjadi benteng Sarawak sebagai pusat pembangunan bioterapeutik dan vaksin. Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, selain selari dengan inisiatif Sarawak dalam […]

RUU kawal selia Pelabuhan Bintulu bakal digubal

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menggubal rang undang-undang baharu bagi mengawal selia Pelabuhan Bintulu. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia berikutan Akta Pelabuhan Bintulu 1981 yang sedia ada akan dimansuh. “Penggubalan rang undang-undang baharu ini dijangka dibawa ke Parlimen pada tahun ini oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi […]

412 penerima sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri

KABONG: Seramai 412 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi daerah Kabong akan menerima sumbangan Program Sejambak Kasih Aidilfitri tahun ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata sumbangan itu diberikan bagi meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. “Justeru, pada […]

Lebih RM9.3 juta bantu pesakit buah pinggang

LUNDU: Seramai 198 pesakit dibantu dengan jumlah perbelanjaan sebanyak lebih RM9.3 juta di bawah inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) Kerajaan Sarawak sejak 1 Januari, 2020 hingga 31 Januari 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pada 2023 pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak membeli 24 buah mesin haemodialisis […]

Industri buluh berkembang pesat, syarikat, komuniti tempatan digalak tanam

KUCHING: Syarikat tempatan digalak menceburi penanaman buluh di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana buluh mempunyai banyak kegunaan dan sektor buluh semakin berkembang pesat pada masa ini. “Bukan syarikat sahaja, komuniti tempatan juga boleh melibatkan diri dalam sektor ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Derma […]

Tabung Haji sasar 100 peratus pendeposit umat Islam Sarawak

KUCHING: Lembaga Tabung Haji mensasarkan untuk mencapai 100 peratus pendeposit dalam kalangan penduduk Islam di negeri ini, menurut Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said. Katanya, ketika ini jumlah pendeposit dalam kalangan penduduk Islam di Sarawak hanyalah 40 peratus atau 325,000 orang. Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua […]