KUCHING: Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) akan meningkatkan ketersambungan internet kepada penduduk di luar bandar. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, perkhidmatan MySRBN dilengkapi dengan pakej prabayar rumah MySRBN yang dipramuat dengan 300 megabyte (MB) data percuma setiap bulan akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai ini. Jelasnya, sekiranya […]
Sultan Selangor hadir santapan tengahari bersama TYT
KUCHING: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenaan menghadiri majlis santapan tengahari bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di Hotel Hilton, di sini hari ini. Keberangkatan tiba baginda dan Tengku Permaisuri, Hajah Norashikin di sambut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia […]
Sarawak tubuh Pusat Kecemerlangan Digital
MIRI: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Digital baharu di Universiti Curtin Malaysia, di sini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan ada pusat baharu itu nanti dapat menarik lebih ramai penuntut dari luar negara. Menurutnya, buat masa ini universiti tersebut bukan sahaja menempatkan pelajar […]
Sarawak mahu tambah kontraktor Bumiputera berdaftar
SIBU: Sarawak mempunyai seramai 2,271 orang kontraktor Bumiputera dari Kelas E dan D yang berdaftar setakat 20 Jun 2024. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ). “Daripada 2,271 orang, terdapat 599 kontraktor dari Zon Tengah (Sibu: […]
Pembudayaan STEM lahirkan generasi berkemahiran, kuasai teknologi AI
KUCHING: Karnival Eksplorasi Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) N8 Satok menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran belia dan anak muda negara dalam aliran sains. Karnival STEM edisi kedua yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang di sini, berjaya menarik minat kira-kira 2,000 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi awam […]
Pesta Ngiling Bidai pamerkan kepelbagaian kaum
MUKAH: Pesta Ngiling Bidai Peringkat Mukah 2024 yang julung kali diadakan diharap dapat memupuk perpaduan dalam kalangan warga Mukah. Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, pesta terbabit berkonsepkan Perarakan Kebudayaan warga Mukah mempersembahkan kepelbagaian budaya dimiliki rakyat Sarawak. Katanya, peserta yang ngambil bahagian terdiri dari pelbagai kaum termasuk […]
Persatuan Pandu Puteri Malaysia bergerak pantas seiring keperluan semasa
KUCHING: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa bangga dengan perkembangan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang bergerak seiring dengan keperluan semasa. Titah baginda, era globalisasi dan revolusi industri 4.0 mendorong kepada inovasi serta kreativiti yang berlaku dengan pantas terutamanya dalam kalangan generasi muda. “Alhamdulillah, kita telah berjaya membawa perubahan positif ke dunia […]
‘Sarawak Harmony Walk’ pamerkan keharmonian kaum, agama
KUCHING: Program ‘Sarawak Harmony Walk’ berjaya dalam objektifnya menyerlahkan keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di negeri ini. Ia dibuktikan dengan penyertaan kira-kira 5,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam program anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) itu di Padang Merdeka Kuching kira-kira jam 7 pagi ini. Peserta berhimpun seawal jam 6 pagi […]
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak setiap negeri dinaik status jabatan
KUCHING: Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak di setiap negeri termasuk Sarawak dinaikkan status sebagai sebuah jabatan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usul menukar status tersebut telah dicadangkan dan masih dalam perancangan. “Bagaimanapun, Bahagian Kanak-Kanak bakal menjadi Jabatan Kanak-Kanak namun masih di bawah naungan kementerian,” katanya. Beliau berkata demikian selepas […]
Sultan Selangor, Permaisuri berkenan berkunjung ke RWMF
KUCHING: Demi Kitaro, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berkunjung ke Kuching untuk menyaksikan pemuzik lagenda itu membuat persembahan di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF). Baginda berdua tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam […]