KUCHING: Seramai tujuh usahawan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menerima bantuan daripada Tabung Mudahcara Pertanian (AFF) Kerajaan Sarawak. Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki pada majlis ringkas di Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok, di sini, hari ini. Terdahulu, semasa taklimat kepada […]
Keberanian empat anggota rondaan RELA dapat penghargaan
KAPIT: Keberanian empat anggota rondaan komuniti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari Daerah Julau memadam dan mengawal kebakaran mendapat penghargaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Jabatan Sukarelawan Malaysia menerusi kenyataan memberitahu penghargaan itu diberikan semasa beliau mengadakan lawatan kerja ke Daerah Kapit, hari ini. Empat anggota RELA itu termasuk Micheal Medan Lucas, Sebastian […]
Jalan Samaram–Kapit perlu dibina di Kapit
KAPIT: Kerajaan Sarawak dan Persekutuan diminta mempertimbangkan pembinaan jalan dari Samaram–Kapit sejauh 72 kilometer (KM) di sini. Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana kemudahan infrastruktur awam perlu ditingkatkan bagi memastikan usaha perancangan mewujudkan empangan melata di beberapa sungai di Kapitberjalan lancar. “Atas dasar itu, besar hajat […]
Program Walk-A-Mile tarik 1,000 peserta
KUCHING: Lebih kurang 1,000 peserta menghadiri program Walk-A-Mile yang berlangsung di Taman Perpaduan, di sini, hari ini. Meskipun hujan namun peserta meneruskan aktiviti berjalan mengelilingi sekitar taman berkenaan. Program itu diadakan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2024. Pelepasan program tersebut diadakan bersama Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Jantung Sarawak (YJS), Datuk Amar Dr […]
Kejayaan Sarawak anjurkan Para SUKMA 2024 dipuji
KUCHING: Kejayaan Kerajaan Sarawak menganjurkan temasya Para SUKMA 2024 yang melabuhkan tirainya malam tadi dengan jayanya wajar diberikan pujian. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, Sarawak telah meletakkan penanda aras baharu penganjuran sukan dwitahunan itu. Katanya, penanda aras ini amat baik kepada negeri-negeri lain bagi memastikan hospitaliti kepada atlet para adalahterbaik. “Terima kasih dan […]
Kapit perlukan infra jalan raya lebih baik
KAPIT: Bahagian Kapit memerlukan infrasruktur jalan raya yang lebih baik untuk memacu potensi bahagian itu khususnya dalam sektor peralihan tenaga. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan adanya jaringan jalan raya yang lebih baik, kawasan luar bandar di sini dijadikan kawasan penanaman rumput Napier untuk dijadikan biomass yang menghasilkan tenaga […]
Atlet Para SUKMA pamer prestasi cemerlang, 93 rekod baharu dicatat
KUCHING: Sebanyak 93 rekod baharu dicatatkan atlet para temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Ke-21 ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 22 adalah rekod kebangsaan dengan sukan para renang menyumbangkan 18 rekod terbabit. Manakala, selebihnya sukan para powerlifting (tiga rekod) serta sukan para memanah (satu). Manakala, […]
Kestabilan politik bantu ekonomi negara bertambah baik
MIRI: Keharmonian dan kemakmuran rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini terus menjadi pemangkin kepada kestabilan politik Malaysia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan kemelut landskap politik yang berlaku sebelum ini berjaya diselesaikan dengan berkesan melalui penglibatan Sarawak. “Dalam keadaan yang aman dan makmur dan seterusnya dapatlah kita […]
Bantuan tunai inisiatif STR dilancar di Miri, Kapit
MIRI: Inisiatif program penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di seluruh negara diperluas termasuk di luar bandar negeri ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan dianggarkan lebih 500,000 penerima yang layak tidak mempunyai bank akaun. “Daripada jumlah tersebut dianggarkan lebih 51,000 penerima dari Sabah dan Sarawak,” katanya pada Majlis Perasmian Program Madani Rakyat […]
Contohi persefahaman kaum kestabilan politik Sarawak – Anwar
MIRI: Kestabilan politik yang dikecapi di Malaysia perlu dimanfaat sebaiknya oleh pemimpin politik sebagai ruang melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kestabilan politik tidak seharusnya disalah guna oleh pemimpin politik bagi mengukuhkan kedudukan atau untuk kepentingan politik. “Kestabilan politik ini yang membawa kepada pengukuhan nilai mata wang ringgit, […]