KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dijangka mengeluarkan laporan awal komprehensif tidak lama lagi berhubung lubang berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Song di sini. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini setelah pihaknya mengarahkan JKR menjalankan siasatan segera kejadian itu dan memberikan laporan […]
PETRONAS secara dasar setuju PETROS sebagai agregator tunggal pengagihan gas
KUCHING: Petroliam National Berhad (PETRONAS) secara dasar bersetuju berhubung pelantikan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai agregator tunggal dalam pengagihan gas di negeri ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil berkata, rundingan antara PETROS dan PETRONAS berhubung perkara itu selesai hari ini. Katanya, tempoh tiga bulan yang […]
PETROS biayai kos pasang paip gas
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menanggung semua kos pemasangan saluran paip gas di Quadruplex Taman Ceria (QTC), Permyjaya di Miri. Sambil mengucap syabas kepada pasukan PETROS, belia berkata, pemasangan saluran paip itu adalah untuk menghantar gas terus ke dapur pemilik rumah. Apabila projek itu […]
Tingkatkan kesedaran masa depan melalui penulisan sastera
KUCHING: Penulis sastera harus menghasilkan karya yang meningkatkan kesedaran mengenai masa depan dalam kalangan individu dan masyarakat. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata untuk itu penulis sastera harus melihat masa depan bagi meningkatkan kesedaran terbabit. “Mereka mesti memanfaatkan kepentingan pemikiran masa depan sebagai satu cara membangunkan paradigma dan […]
Premier umum hadiah untuk SK Rakyat Tupong
KUCHING: Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Tupong bermakna apabila menerima beberapa hadiah berupa pembangunan semula sekolah itu dari Kerajaan Sarawak. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, lebih RM10 juta dana diperuntukkan bagi pembinaan blok baharu, bangunan pra sekolah, pusat sumber dan padang sekolah yang akan mula dilaksana […]
Usaha kerajaan perkasakan pendidikan kanak-kanak
KUCHING: Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak mengadakan lawatan ke Beijing, China. Lawatan sambil belajar selama empat hari disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Dan Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai delegasi lawatan terbabit yang dimulai […]
RMK-13: Pertimbang keperluan Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap Kerajaan Persekutuan akan meneliti dan mempertimbangkan keperluan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Beliau berkata, Sarawak merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia dan kemakmuran Sarawak akan memakmurkan Malaysia. “Ini selaras dengan PCDS 2030, aspirasi Sarawak untuk menjadi sebuah ekonomi maju berpendapatan tinggi, […]
Kerajaan Pusat minat jalin kerjasama dengan Sarawak industri CCUS
KUCHING: Kerajaan Pusat menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS). Perkara itu antara topik utama perbincangan semasa kunjungan hormat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini Wisma Bapa Malaysia (WBM). Katanya, Sarawak antara empat negeri termasuk Sabah, […]
Mohon dana JKKK Madani
BINTULU: Penduduk luar bandar digesa mengambil peluang memohon peruntukan di bawah inisiatif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Madani bagi pembangunan projek komuniti. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah, Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, projek yang lengkap dengan kertas cadangan dan mematuhi prosedur akan mempunyai peluang lebih besar untuk menerima dana. Sebaliknya, […]
DLP persiapkan pelajar untuk bersaing
BINTULU: Penguasaan Bahasa Inggeris, khususnya dalam bidang sains dan matematik penting untuk daya saing pelajar dalam pendidikan tinggi dan pasaran pekerjaan, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak. Dato Sri Roland Sagah Wee Ing berkata, sokongan berterusan kerajaan negeri terhadap Program Dwibahasa Sarawak (DLP) adalah petunjuk jelas tentang visi jangka panjangnya untuk pendidikan. […]