Month: December 2024

Tahun Baharu 2025: Rakyat Sarawak perlu bersatu hati – TYT

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak menyeru rakyat Sarawak terus bersatu hati dalam mengharungi cabaran di tahun baharu 2025. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menyeru mereka untuk memupuk perpaduan dan melangkah ke tahun baharu dengan semangat yang lebih kuat demi kesejahteraan bersama. “Semoga kita semua dirahmati Allah di dalam kehidupan, dianugerahkan kesihatan […]

Penilaian audit aset pihak ketiga perlu untuk proses ambil alih MASwings

KUCHING: Penilaian audit aset daripada pihak ketiga kini diperlukan sebelum pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings dilaksanakan. Ia di antara Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, perbezaan nilai harga MASwings daripada kedua-kedua pihak menyebabkan perlunya pengauditan daripada pihak ketiga bagi […]

Lebih 1,500 guru baharu mulakan tugas pertengahan Januari 2025

KUCHING: Lebih 1,500 guru baharu di Sarawak yang berjaya dalam proses temu duga akan memulakan tugas di seluruh negeri menjelang pertengahan Januari 2025. Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak (JPNS), Omar Mahli berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selesai menjalankan proses temu duga dan keputusan dihantar kepada calon yang berjaya. “Calon-calon telah menerima keputusan masing-masing dan kini Kementerian […]

Sunathon Khatan 2025 di DUN Lingga Februari depan

SIMANGGANG: Program Sunathon Khatan 2025 bagi kanak-kanak berkhatan beramai-ramai akan dianjurkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga semasa cuti sekolah Februari depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak di DUN Lingga diharap mengambil peluang program ini. Ia bertujuan menghidupkan semula budaya berkhatan beramai-ramai selain membantu […]

Masalah banjir bermusim Spaoh selesai

SPAOH: Masalah banjir bermusim yang sering melanda Spaoh dan kawasan persisirannya diselesaikan dengan pembinaan tiga pintu kawalan air pasang surut di Sungai Spaoh di sini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika melawat kawasan dermaga itu semalam melahirkan rasa puas hati. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, projek […]

Jawatankuasa Cawangan N8 Satok menang tanpa tanding

KUCHING: Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N8 Satok Sesi 2024-2027 yang berakhir semalam, menyaksikan semua ahli jawatankuasanya (AJK) menang tanpa bertanding. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki kekal sebagai ketua cawangan sementara Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samad Gany timbalan ketua. Dalam pada itu, tiga Naib […]

Lawas bantu rancakkan aktiviti ekonomi negeri

LAWAS: Bergerak seiring dan menyokong penuh usaha murni Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membolehkan Sarawak mencapai kemajuan lebih pesat dan cepat. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa berkata, kemajuan pesat itu kelak akan manfaat rakyat. Melalui pendekatan strategik iaitu penyediaan kemudahan asas seperti jaringan […]

Sasar bina 500 unit rumah di penempatan baharu Segedup

KUCHING: Kira-kira 500 unit rumah akan dilaksanakan di kawasan penempatan baharu Segedup di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok yang juga Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki berkata projek itu dilaksana secara berperingkat. Katanya, kerja-kerja pengisian tanah dan struktur jalan dalaman sedang dijalankan dan hampir siap. Manakala, kerja-kerja […]

Sarawak serah kepada PMX umum penyelesaian isu Petros-Petronas

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak berniat untuk menyembunyikan maklumat daripada rakyat mengenai pertikaian pengagihan gas melibatkan Petronas dan Petros. Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman sebaliknya menegaskan, Sarawak menyerahkan kepada Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan mengenai formula penyelesaian pertikaian itu sebagai tanda hormat. “Namun, sehingga kini, kami masih belum […]

Padang Pasir diubah suai sebagai stesen ART

KUCHING: Kerja-kerja pembersihan dan penebangan pokok di Padang Pasir di sini untuk menjadikan kawasan itu lebih kemas dan memudahkan kontraktor melaksanakan projek stesen Transif Aliran Autonomi (ART). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, kontrak bagi projek itu sudah diserahkan dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ia juga bertujuan mempersiapkan […]