Month: January 2025

MUT jamin bekalan elektrik, air stabil

KUCHING: Bekalan elektrik dan air di negeri ini kekal stabil walaupun terjejas susulan banjir dan cuaca buruk melanda negeri ini sejak beberapa hari. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberi keyakinan itu kepada orang ramai sambil berkata agensi di bawah kementeriannya seperti Sarawak Energy Berhad (SEB), Agensi Bekalan Air, SKMM, SDEC […]

Tiga kampung terjejas banjir

MALUDAM: Kampung Tanjung Baru Maludam, Kampung Sungai Daun dan Kampung Sungai Mulon antara terjejas dilanda banjir di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, di Kampung Tanjung Baru Maludam paras air berada pada paras pinggang, “Manakala, di Kampung Sungai Daun dan Sungai Mulon paras air pada paras lutut,” katanya. Beliau […]

Jalan Pan Borneo tidak ditutup

SERIAN: Jalan Pan Borneo di seluruh Sarawak tidak ditutup dan selamat untuk dilalui meskipun negeri ini dilanda banjir. Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi berkata empat lokasi di LPB yang dilanda banjir namun boleh dilalui termasuk kenderaan ringan iaitu di Seksyen Serian, Seksyen Selangau, Seksyen Bakun dan Seksyen Pujut. “Tidak perlu ditutup walaupun […]

Tanah runtuh: Penempatan baharu sedang dikenal pasti pindahkan mangsa

MIRI: Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan cadangan memindahkan mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri di penempatan baharu. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kawasan yang sesuai sedang dikenal pasti untuk menempatkan penduduk kampungterjejas. “Kita akan berbincang semula dan cadangan kita untuk menyediakan penempatan semula di kawasan yang lebih selamat. […]

MIS kumpul RM200,000 dana bantu mangsa banjir

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) berjaya mengumpul dana berjumlah RM200,000 hasil sumbangan umat Islam di negeri ini termasuk pihak majlis sendiri. Dana itu untuk membantu mangsa banjir di beberapa kawasan dalam negara pada penghujung tahun 2024. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kejayaan mengumpulkan sumbangan ini mencerminkan keprihatinan […]

JKR Sarawak diminta pulihkan segera jalan terputus akibat banjir

SERIAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diminta agar berjaga-jaga serta pantas memulihkan jalan-jalan terputus akibat banjir demi keselamatan penduduk. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, sebanyak 148 jalan raya di seluruh Sarawak terkesan ekoran banjir besar yang melanda wilayah ini sejak lima hari lalu. Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 75 jalan raya […]

Banjir: Majang Renggi zahirkan terima kasih kepada semua petugas

BINTULU: Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi turun padang menyantuni penduduk terjejas banjir di sini, hari ini. Walaupun berada di Kuching untuk tugas rasmi, beliau segera kembali ke Bintulu melalui jalan darat dan tiba sekitar 11.00 malam semalam. “Kita bersama pasukan telah turun ke lokasi bagi meninjau keadaan banjir dan turut ke […]

Sarawak turut hulur bantuan RM1,000 kepada KIR berdaftar di PPS

BINTULU: Kerajaan Sarawak menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Keluarga (KIR) yang berdaftar pindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sehubungan itu menasihatkan keluarga yang masih belum berpindah ke PPS supaya berpindah segera demi keselamatan. “Bagi Kerajaan Sarawak, kita memang ikut apa yang diputuskan Kerajaan Persekutuan […]

ADUN Satok lawat mangsa banjir PPS Segedup

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Satok (ADUN) Satok Dato’ Ibrahim Baki menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Haji Kamarudin di Kampung Segedup hari ini. Dalam lawatan beliau kira-kira 30 minit, Ibrahim mengambil kesempatan berbual dengan mangsa banjir, sukarelawan serta petugas. Semasa lawatan, beliau turut menyaksikan penyerahan bantuan makanan serta keperluan asas daripada wakil […]