KUCHING: Terdapat beberapa stesen PETRONAS di seluruh negara ini sedang menghadapi kehabisan stok diesel.
Menurut PETRONAS Dagangan Berhad, isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” menurut kenyataan syarikat berkenaan.
Syarikat itu juga ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi meminimumkan gangguan tersebut.
Manakala untuk bantuan atau maklumat lanjut, mereka menyarankan untuk menghubungi Mesralink di 1300888181.