Projek benteng hakisan tebingan Sungai Batang Kayan tangani masalah penduduk

LUNDU: Projek benteng hakisan di tebingan Sungai Batang Kayan di sini bakal dilaksanakan bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, projek itu memberi manfaat kepada penduduk tiga kampung iaitu Kampung Sileng Melayu Lama, Kampung Sileng Melayu Baru dan Kampung Sileng Dayak.

“Hakisan tanah yang sering berlaku di tebingan sungai di kawasan kampung ini disebabkan fenomena air pasang surut yang berlaku sebanyak empat kali sehari,” katanya semasa perasmian Majlis Serah Tapak Projek ‘The Collapsed Part Of Riverbank At Batang Kayan River’ di Kampung Sileng Melayu, di sini, hari ini.

Azizul Annuar berkata, kerosakan struktur tanah di tebingan Sungai Batang Kayan itu berbahaya kepada keselamatan penduduk.

Oleh sebab itu katanya, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu memohon projek ini.

“ Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan keseluruhannya sebanyak RM13 juta bagi melaksanakan projek yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya.

GAMBAR: JAPEN LUNDU