SIBU: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bawang Assan melancarkan jawatankuasa baharu yang dikenali sebagai Jawatankuasa Selinggar Matahari Sibu.
Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga Ketua Cawangan PBB N.53 Bawang Assan, Romeo Christopher Tegong menyempurnakan pelancaran jawatankuasa itu pada Majlis Makan Malam Pra Krismas dan Kutipan Dana, malam tadi.
Semasa berucap, Romeo bangga dan menyatakan sokongan penuh kepada jawatankuasa baharu itu
“Kami sentiasa memberi sokongan kepada Sayap Wanita Parti PBB Bawang Assan dalam apa jua usaha yang dilakukan,” jelasnya.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Flora Jaya berkata, penubuhan jawatankuasa itu sebagai usaha memperkasakan wanita dalam parti seiring dengan visi untuk meningkatkan pembangunan diri melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti.
“Sebagai contohnya, penganjuran kursus kemahiran, program motivasi, membantu masyarakat melalui sumbangan, usaha kolektif dan sebagainya,” katanya.
Turut hadir ialah isteri Romeo, yang juga penaung jawatankuasa itu, Veronica Belankat, Temenggung Stanley Gramong Bandar serta yang lain.
