Tabung Haji hulur sumbangan CSR

KUCHING: Tabung Haji (TH) mengagihkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan program ehsan sekolah di bahagian ini.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM195,600 itu diagihkan kepada Sarawak Media Group (SMG) untuk program TV Prihatin sebanyak RM125,600 manakala Hikmah Sarawak, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak, Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Negeri Sarawak, Yayasan Pusat Hidayah masing-masing menerima RM10,000.

Sementara, Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Traoh, Samarahan menerima sumbangan berjumlah RM30,000.

Sumbangan itu disampaikan bersama Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Ahmad Shahriman Johari sambil disaksikan Pengarah Negeri Sarawak, Lembaga Tabung Haji, Amat Kassim Pait dalam Majlis Minum Petang Tabung Haji Bersama Media Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini.

Ahmad Shahriman pula berkata, TH turut menghulurkan bantuan kepada 500,000 golongan asnaf di seluruh negara.