Standard atlet SUKSAR meningkat

SIBU: Sarawak mampu membuat kejutan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menerusi pendedahan atlet-atlet yang dilakukan di dalam dan luar Sarawak. Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi berkata, ada dalam kalangan atlet yang menjalani latihan empat hingga lima bulan untuk Sukan Sarawak (SUKSAR) dan standardnya meningkat. “Saya percaya SUKMA yang diadakan Ogos […]

Ahli Parlimen Igan terima Bintang KMN

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. Memetik laporan Bernama, Ahli Parlimen Igan itu antara keseluruhan […]

Muzium Limbungan Brooke siap penghujung tahun

KUCHING: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM47 juta bagi mengubah suai dan menaik taraf bekas Limbungan Brooke di sini menjadi muzium maritim di Sarawak sekali gus sebagai pusat rekreasi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan mengubah suai dan menaik taraf bekas Limbungan Brooke itu diilhamkan sejak beliau menjadi Menteri Pelancongan. “Kerja-kerja […]

Capaian 100 peratus internet menjelang 2030

KUCHING: Berdasarkan kejayaan setakat suku keempat 2023 yang merekodkan 78.8 peratus capaian internet, Sarawak berada di landasan mencapai liputan 100 peratus internet menjelang 2030, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Beliau berkata, antara sasaran utama di bawah Kluster Transformasi Digital (KTD) adalah penyediaan capaian internet kepada 99 peratus isi rumah di Sarawak […]

CSSC bakal ditubuh di tujuh bahagian – Fatimah

KUCHING: Pusat Sosial Sokongan Komuniti (CSSC) yang sudah beroperasi di bandar raya ini akan ditubuh di lokasi lain seluruh negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, CSSC merupakan projek keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan satu katalis inisiatif di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 Kerajaan […]

Brooke Holding bina plantar untuk Shell

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara Brooke Holdings Sdn Bhd (BHSB) dengan Sarawak Shell Berhad di sini hari ini, menyifatkannya satu lagi kejayaan penting dalam industri minyak dan gas di negeri ini. Beliau berkata, kerjasama erat antara BHSB dengan Sarawak Shell Bhd itu mencerminkan […]

KKM cari dana naik taraf wad Hospital Sibu

SIBU: Kerja menaik taraf siling wad Hospital Sibu yang terjejas akibat pemeluwapan memerlukan dana kira-kira RM2 juta. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mencari dana itu dan telah melaksanakan penyelesaian sementara di salah satu wad yang terjejas. “Bagaimanapun terdapat keperluan untuk menaik taraf siling di wad-wad terlibat,” katanya […]

Projek permintaan penduduk kampung perlu siap ikut jadual

KABONG: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong diharap dapat disiapkan mengikut jadual pada tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, sebanyak enam projek yang bakal dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan permintaan daripada penduduk kampung. Ia melibatkan kos berjumlah RM1.36 juta. […]

12,000 kontena Sumbangsih Raya disediakan menjelang Aidilfitri ini

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) akan menyediakan sebanyak 12,000 kontena Sumbangsih Raya 2024 (SR24) menjelang Aidilfitri ini. Kontena SR24 terbabit akan diserahkan kepada 11 agensi iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APNM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan […]