RECODA perlu input bina jajaran jalan
LAWAS: Sesi libat urus Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan pemegang taruh di Miri semalam dharap memberi input positif kepada penduduk. Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni berkata, sesi perkongsian input itu penting kerana ia membolehkan RECODA menyusun jajaran jalan yang dapat memberi impak positif. Sesi libat urus bersama pemegang taruh itu adalah untuk […]
SAG kaji pinda Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi
KUCHING: Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (SAG) sedang mengkaji meminda Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi dengan memperkasakan ordinan tersebut. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SAG sedang giat memperhalusi pindaan berkaitan sebelum dibincangkan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak. Katanya, apabila kajian pindaan telah dibuat dan disyorkan, […]
Dedahkan generasi sekarang dengan sejarah, perjuangan pemimpin Sarawak
KUCHING: Generasi sekarang dan masa hadapan perlu dididik sejarah Sarawak yang kaya dan landskap politik yang unik. Pengarang buku biografi Tun Openg: Gabenor Sarawak Pertama, Dato Dr Jeniri Amir berkata, ini perlu bagi menyemai di jiwa mereka rasa bangga dan penghargaan tentang kejayaan sejarah dan kekuatan politik masa kini Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]
Sarawak tumpu bangunkan pos kawalan sempadan sedia ada
KUCHING: Kerajaan Sarawak sedia menyalurkan peruntukan untukmembantu Kerajaan Pusat menaik taraf sempadan di wilayah ini. Komitmen itu dinyatakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana menyedari dana RM1 bilion disalurkan oleh kerajaan untuk membangunkan seluruh kawasan persempadanan antara Malaysia dan Indonesia tidak mencukupi. Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Perdana […]
Geran RM1.18 juta untuk lima PPDK di Sibu
SIBU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluluskan geran berjumlah RM1.18 juta kepada lima Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bahagian Sibu tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan kewangan itu bagi memastikan program dan aktiviti harian PPDK berjalan lancar. Katanya, ini termasuk program pemulihan dan pembangunan dengan […]
Lindungi hak kanak-kanak
SIBU: Program Advokasi Kanak-Kanak:Kasih Kanak-Kanak merupakan landasan penting untuk perkongsian mengenai perlindungan serta hak kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kanak-kanak berhak untuk mengetahui hak mereka sebagai kanak-kanak. “Sebab itu kita bersama dengan polis dan pihak berkaitan terutama yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak. “Di situlah kita memberi […]
PETRONITA hulur sumbangan kepada NGO
BINTULU: Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas (PETRONITA) menyerahkan sumbangan kepada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, hari ini. Penerima ialah Persatuan Buah Pinggang Sarawak, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Persatuan Thalassemia Sarawak dan Wad Penjagaan Khas Taska Bintulu. Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee. Ia merupakan kutipan yuran penyertaan aktiviti […]
Sarawak sasar bebas kanser serviks menjelang 2030
KUCHING: Sarawak mensasarkan muncul sebagai negeri bebas kanser pangkal rahim atau serviks menjelang 2030. Ke arah itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata, fokus kerajaan kini memberi penekanan kepentingan pencegahan dan pengurusan penyakit tersebut, daripada sekadar membina lebih banyak hospital kanser. Katanya, kanser serviks adalah jenis kanser pertama yang boleh […]
26 wanita berjaya dibukukan dalam Wanita Sarawak 2024
KUCHING: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak menerbitkan sebuah buku Wanita Sarawak 2024 bertajuk “Sarawak Women in Innovation And Technology”. Menteri Kebajikan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini selaras dengan tema sambutan Hari Wanita Sarawak 2024 di RH Hotel, Sibu pada 10 Ogos lalu. Katanya, buku terbabit mengetengahkan 26 inovator […]
Malam Pentas Komuniti Mukah meriah, padat pelbagai aktiviti
MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) membawa kemeriahan kepada warga Kampung Petanak di sini dengan menganjurkan Malam Pentas Komuniti bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Petanak pada malam tadi. Program sempena Hari Bersama Komuniti 2024 Daerah Mukah itu mendapat sambutan daripada penduduk yang dimeriahkan dengan dua acara utama iaitu Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Ratu Ibu. Aktiviti […]