Category: Uncategorized

Lindungi imej lada Sarawak

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu mutu dan imej lada hitam Sarawak dilindungi. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, langkah itu sangat penting memandangkan reputasinya sebagai bahan eksport yang bermutu tinggi. “Jangan biarkan peniaga yang tidak bertanggungjawab merosakkan imejnya dengan mencampurkan lada hitam keluaran tempatan dengan lada keluaran […]

Miri bakal miliki Pusat Sehenti Intervensi Awal

KUCHING: Miri bakal mempunyai Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) yang dijangka mula beroperasi pada Oktober tahun ini. Bagi tujuan itu, sejumlah RM2.02 juta diperuntukkan kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penyaluran peruntukan itu susulan ketiadaan pusat sehenti di kawasan Miri meskipun bandar tersebut merekodkan […]

Tubuhkan jawatankuasa selenggara dewan

LUNDU: Dewan Masyarakat Tanah Hitam Sematan kini siap dibina dan boleh digunakan penduduk di Sematan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, kemudahan untuk mereka mengadakan aktiviti atau keramaian. “Ia juga dapat memberi pendapatan sampingan seperti mengadakan pertandingan badminton, ping-pong, karom, katering, pakej perkahwinan dan sebagainya,” katanya ketika majlis […]

140 penerima cek pampasan tanah projek BALB Kawasan Nibong Tada

SIBU: Cek pampasan tanah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Nibong Tada berjumlah lebih RM1.47 juta diserahkan hari ini. Majlis penyerahan cek pampasan tanah terbabit kepada seramai 140 penerimanya berlangsung di Dewan Komuniti Sibujaya, di sini. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menyempurnakan majlis terbabit. Katanya, […]

Kejayaan Sarawak urus pendapatan, laksana pembangunan tarik minat dunia

BINTULU: Kejayaan Sarawak dalam mengurus pendapatan dan langkah pembangunan kini menarik perhatian dunia. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan kestabilan kepimpinan menjadikan Sarawak lebih berjaya berbanding negeri lain hingga memudahkan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memfokuskan terhadap usaha pembangunan. “Malam tadi delegasi dari Kesatuan Eropah berjumpa dengan saya. “Tujuan mereka […]

Sarawak guna kekuatan atasi pencemaran alam

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggunakan kekuatan sumber alam semulajadi yang dimiliknya untuk membantu dunia mengurangkan pencemaran alam akibat pelepasan karbon. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun, menegaskan Kerajaan Sarawak memerlukan sokongan semua pihak terutama kepakaran dan pengalaman untuk merealisasikan visi itu. Katanya, dengan membantu Sarawak, secara tidak langsung mereka dapat membantu […]

Lawas bakal ada kilang proses keju terbesar

LAWAS: Stesen Kerbau Meragang di sini, bakal menjadi kilang memproses keju terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kilang tersebut bernilai RM13 juta. “Kilang itu akan menyasarkan pasaran dalam serta luar negara atas nama keju mozarella yang bermutu tinggi,”katanya. Beliau berkata […]

Jalan ladang, kebun DUN Kalaka dinaik taraf

ROBAN: Projek menaik taraf jalan ladang dan kebun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka akan dilaksanakan tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata tapak fasa pertama projek terbabit telah diserahkan kepada kontraktor. “Sejumlah RM2.2 juta diperuntukkan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) untuk tujuan itu dan akan dilaksanakan pada tahun […]

Sarawak tawar peluang pelaburan

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Gallois New Energy Materials telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk membangunkan Kilang Pemprosesan Graphite di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, pembangunan kilang itu akan mengembangkan industri graphite di negara ini. […]

Sarawak hab peranti perubatan

KUCHING: Perkembangan teknologi semasa yang disokong oleh daya saing pasaran akan mengembangkan industri peranti perubatan di negeri ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) akan terus memain peranannya dengan berkongsi insentif yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan dalam membantu mengembangkan industri itu di negeri ini. MDA […]