Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas jadi daya tarikan pelabur
BINTULU: Kewujudan Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo di Pelabuhan Bintulu di sini akan menjadi daya tarikan kepada pelabur dari Jepun dan Korea, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan dari Jepun dan Korea berkaitan hidrogen di negeri ini akan memacu Bintulu dalam industri tersebut bahkan di seluruh rantai […]
Pensijilan ISO 29001 wajib bagi syarikat gas mulai tahun 2026
KUCHING: Mulai tahun 2026 semua syarikat yang terlibat dalam industri gas di Sarawak diwajib mendapat Pensijilan ISO 29001, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Beliau berkata, dokumen itu bertujuan memastikan keselamatan dan pengurusan risiko dalam industri tersebut mematuhi piawaian antarabangsa. “Pensijilan itu akan menjadi syarat wajib semasa pembaharuan dan permohonan lesen yang […]
Para SUKMA XXI 2024 platform Sarawak anjurkan Sukan SEA 2027
KUCHING: Penganjuran Para SUKMA XXI 2024 akan memberikan kepakaran kepada Sarawak menganjurkan temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini juga menyediakan peluang kepada Sarawak membuat persiapan menjadi penganjur bersama temasya sukan terbabit pada 2027. “Apabila kita sudah mempunyai kepakaran, maka ini peluang untuk kita […]
Para SUKMA: Sarawak sediakan perkhidmatan terbaik, cemerlang
KUCHING: Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan platform dalam melahirkan atlet-atlet hebat yang mengharumkan nama negara. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keberkesanan itu jelas terbukti apabila 19 daripada 30 orang atlet dari kontinjen Malaysia yang mewakili Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini lahir daripada Para SUKMA lalu. “Sarawak sudah pastinya berbangga dengan Bonnie Bunyau […]
RM161 juta dilulus naik taraf tebingan Pantai Belawai
TANJUNG MANIS: Projek menaik taraf tebingan Pantai Belawai di sini akan dilaksanakan bagi melonjakkan potensi pantai itu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar berkata, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM161 juta untuk projek itu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, berkata, projek akan bermula dari kawasan Pejabat Jabatan […]
10 pertubuhan terima geran, bantuan dana Kerajaan GPS
KABONG: Geran dan bantuan dana berjumlah RM214,000 telah diagihkan kepada 10 pertubuhan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, geran dan bantuan dana itu disumbang Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Kita berharap penerima geran menggunakan bantuan kerajaan ini untuk menganjurkan aktiviti atau kegiatan membantu meningkatkan […]
Program bersama ikon tinju Kilat Boy pupuk minat belia terhadap sukan tinju
SIMANGGANG: Program Budaya, Sahsiah, dan Terampil bersama ikon tinju Daeloniel Mcdelon Bong atau Kilat Boy diadakan di Dewan Seri Lemanak, di sini, hari ini. Program ini sebahagian inisiatif Belia Unggul, Komuniti Utuh dan Teguh (BUKUT) yang bertujuan memperkukuhkan sahsiah, minat dan kemahiran belia, khususnya dalam arena sukan tinju. Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata, […]
Projek Jambatan Bintulu-Jepak berjalan lancar, bakal siap Feb 2025
BINTULU: Projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak yang bakal menghubungkan bandar Bintulu dan Jepak dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tahap kemajuan semasa projek mencecah 87.82 peratus berbanding 87.38 peratus yang dijadualkan. “Walaupun terdapat cabaran semasa pandemik Covid-19, kami gembira kerana projek ini berjalan lancar,”katanya. Beliau berkata demikian […]
Pembangunan Gedong terap corak kepimpinan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam
GEDONG: Daerah Gedong akan dibangun secara menyeluruh dengan mengambil inspirasi daripada kepimpinan agung Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, corak kepimpinan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam, yang dikenali sebagai Al-Amin dalam menguruskan hal dunia dan akhirat harus dicontohi. Menurutnya, pembangunan bukan hanya tertumpu kepada infrastruktur fizikal tetapi […]
Para SUKMA perkukuh kerjasama, semangat perpaduan masyarakat
KUCHING: Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 mencerminkan kepentingan sukan sebagai asas untuk memperkukuh kerjasama dan semangat perpaduan dalam masyarakat. Selain itu, ia landasan untuk mengetengahkan bakat atlet-atlet orang kelainan upaya (OKU). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, semangat kesukanan yang ditunjukkan melalui penganjuran Para SUKMA ini bukan sahaja […]