KUCHING: Pelaksanaan projek di Sarawak perlu disesuaikan mengikut keperluan negeri ini yang mungkin berbeza dengan Semenanjung Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof menegaskan keperluan untuk mendapatkan hala tuju dasar daripada Kabinet bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek di Sarawak terutama di kawasan terpencil. Menurutnya, model yang dicadang untuk Sarawak juga berpotensi diguna pakai di […]
Jambatan Jepak, Batang Rajang simbol kemajuan pembangunan infra
SEMOP: Pembinaan Jambatan Jepak dan Batang Rajang bukan sahaja simbol kemajuan pembangunan infrastruktur di Sarawak, malah menyerlahkan kegigihan kerajaan negeri dalam usaha menghubungkan kawasan pesisir yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan air. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, kedua-dua jambatan tersebut merupakan sebahagian daripada […]
JKM Sarawak raikan sokongan rakan strategik
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak mengiktiraf sebanyak 84 rakan strategik terdiri daripada agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) atas sokongan berterusan menjayakan inisiatif Kerajaan Sarawak. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, pengiktirafan itu atas usaha membantu mangsa bencana ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) lalu. “Mereka turut diiktiraf […]
Kepimpinan akar umbi mata dan telinga Parti PBB
PUSA: Kepimpinan akar umbi perlu aktif memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk mengenalpasti masalah yang berlaku di kawasan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor menggesa badan bukan kerajaan (NGO) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kampung turut sama memainkan peranan dan berfungsi seperti […]
Jambatan Bintulu-Jepak bawa perubahan ke kawasan Jepak
BINTULU: Pembukaan awal Jambatan Bintulu-Jepak bakal membawa perubahan besar kepada ekonomi dan infrastruktur di kawasan Jepak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, jambatan itu memendekkan tempoh perjalanan ke bandar ini, sekali gus merancakkan ekonomi kampung di Jepak. “Saya menzahirkan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg […]
150 anak-anak kumpulan sasar YKN terima sumbangan Raya
KUCHING: Seramai 150 anak-anak kumpulan sasar menerima sumbangan pakaian raya dan duit raya pada Program Sinar Syawal Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program itu adalah kerjasama YKN dengan Alliance Islamic Bank Berhad yang menaja pakaian serta duit […]
Bantu martabatkan belia Melayu
KUCHING: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak Cawangan Astana (PKMSCA) merangka beberapa program latihan dan kesedaran untuk golongan belia masyarakat Melayu sepanjang tahun ini. Pengerusinya, Sahmat Meterang memberitahu, latihan dan program kesedaran ini akan dapat membantu memartabatkan masyarakat Melayu. Menurutnya, antara program yang akan dianjurkan ialah keagamaan, sosial dan ekonomi dengan mendedahkan peserta latihan membuat sabun menggunakan […]
Jambatan ikonik Bintulu-Jepak kini dibuka, nama rasmi akan diumum Premier Julai depan
BINTULU: Jambatan Bintulu Jepak kini dibuka kepada orang awam, membuktikan kesungguhan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membawa pembangunan berterusan kepada rakyat khususnya di luar bandar. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata projek tersebut bukti komitmen berterusan kerajaan memacu ekonomi rakyat dan negeri ini. Jambatan ikonik yang merentangi Sungai Kemena itu dibina dengan […]
1,742 penerima bantuan bulanan JKM di Saratok
SARATOK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan sebanyak RM2.324 juta bagi memberi bantuan bulanan di daerah ini sehingga Mac tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, jumlah keseluruhan penerima bantuan itu bagi Saratok adalah seramai 1,742 orang. “Saya percaya bantuan (bulanan) dalam mensejahterakan golongan sasar terutamanya dari segi kewangan dan bantuan lain […]
Infrastruktur elektrik bahagian Samarahan dinaik taraf
SEBUYAU: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk naik taraf infrastruktur elektrik di bahagian Samarahan, mula dilaksana tahun ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi berkata naik taraf itu merangkumi daerah Asajaya, Sadong Jaya,Sebuyau, Simunjan, dan Gedong. “Ini akan dilaksana oleh agensi pelaksana […]