Month: December 2023

UiTM, Geospec Sdn Bhd adakan khidmat kejuruteraan profesional

KUCHING: Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sarawak dengan kerjasama Geospec Sdn Bhd telah mengadakan Inisiatif Khidmat Kejuruteraan Kerja Siasatan Tapak pembinaan Kompleks Pendidikan Islam As-Shargowi, baru-baru ini. Inisiatif itu menggabungkan ECG353 – kursus Kejuruteraan Tanah yang merupakan langkah penting merangkumi pengetahuan akademik dengan menggunakan amalan kejuruteraan, yang fokus kepada pembangunanmasyarakat. Hasil penggunaan […]

Sikap saling jaga antara agama, kekalkan keharmonian jadi kekuatan Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis keluaran dalam negeri kasar (KDNK) akan berkembang daripada RM140 bilion kepada RM282 bilion menjelang 2030. Menurut Abang Johari, matlamat itu dapat direalisasikan dengan adanya program pemangkin dan ekonomi yang pelbagai di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. “Walaupun Krismas, seperti yang saya […]

Pertahan keamanan, keharmonian masyarakat majmuk

KUCHING: Keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak merupakan khazanah yang mesti dihargai, dikekalkan dan dipelihara sepanjang masa. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, keamanan dan keharmonian yang dinikmati ini dibina di atas asas yang kukuh melalui keringat dan darah nenek moyang terdahulu. Tegasnya, wang dan kekayaan tidak boleh membeli […]

Elaun pelatih OKU program PDK dinaik RM300 sebulan

KUCHING: Penjagaan dan sokongan kepada orang kelainan upaya (OKU) adalah salah satu perancangan Kerajaan Persekutuan bagi memupuk pembangunan potensi holistik golongan itu di negara ini. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWK), Dato Sri Nancy Shukri, kementerian akan membangunkan modul kursus komprehensif untuk penjagaan dan sokongan OKU. “Sehubungan itu, kami meningkatkan elaun pelatih […]

Penubuhan MEITD inisiatif Sarawak tambah baik sistem pendidikan

KUCHING: Penubuhan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) merupakan salah satu inisiatif Sarawak dalam usaha menambah baik sistem pendidikan di negeri ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam) Datuk Abdullah Saidol berkata, MEITD akan menjadi perantara dalam menangani isu-isu pendidikan termasuk kebajikan warga pendidik. Selain itu, […]

Sarawak perlukan 1,500 guru baharu

KUCHING: Penempatan seramai 1,108 baharu di Sarawak Disember ini merupakan permulaan baik bagi mengatasi kekurangan guru di Sarawak. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana Sarawak masih memerlukan lagi sekurangnya seramai 1,500 guru baharu dalam pelbagai disiplin. “Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan isu kekurangan guru dapat ditangani […]

Kontraktor bukan punca kerja naik taraf Jalan Oya lewat

KUCHING: Kelewatan kerja-kerja menaik taraf Jalan Oya bukan disebabkan prestasi buruk kontraktor yang melaksanakannya. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak menjelaskan bagaimanapun, punca kelewatan jalan sepanjang 1.4 kilometer (km) akibat kerja-kerja pemindahan dan peralihan perkhidmatan bawah tanah yang rumit dan memerlukan masa yang panjang. Menurut kenyataan […]

PETROSNiaga labur lebih RM50 juta, perkukuh rangkaian bekalan

KUCHING: PETROSNiaga, entiti perniagaan berlesen untuk gas LPG bersubsidi telah melabur lebih RM50 juta untuk mengukuhkan rangkaian bekalannya, menaik taraf kapasiti penyimpanan, menyuntik silinder gantian dan meningkatkan pengurusan logistik. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini bagi memastikan, antara lain, kos sifar untuk pertukaran silinder oleh pelanggan di seluruh Sarawak. “Tiada penyerapan […]

Kadar jenayah indeks Sarawak meningkat

KUCHING: Kadar jenayah indeks di Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak satu peratus sahaja bagi tempoh Januari sehingga pertengahan Disember 2023. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, manakala untuk penyelesaian kes jenayah dapat diselesaikan pula sebanyak 90 peratus bagi tempoh yang sama. “Meksipun terkawal, usaha berterusan harus diteruskan secara bersepadu untuk mengawal keadaan sama ada dari […]