LUNDU: Ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) perlu terus bekerjasama dan menjadi mata dan telinga kepada wakil rakyat kawasan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, mereka juga sentiasa berhubung dengan Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Daerah Lundu (KMKK) dan penduduk kampung. “Ahli majlis bukan hanya sekadar mengisi kerusi yang sedia […]
Wanita boleh dapatkan perkhidmatan kaunseling LPPKN
KUCHING: Seramai 285 wanita telah tampil mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam pelbagai isu kekeluargaan di Sarawak dari 2020 hingga 2023. Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dato Sri Rohani Karim berkata, ini berdasarkan rekod LPPKN Negeri Sarawak. “Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggalak wanita yang memerlukan sesi kaunseling tampil mendapatkan bantuan atau rawatan […]
Masjid DUN Kabong terima peruntukan beli lembu korban
KABONG: Lima masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM120,000 bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini. Masjid tersebut ialah Masjid Assabirin Kabong (RM40,000), Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang (RM20,000), Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat (RM20,000), Masjid Lebai Mat Kampung Emplam (RM20,000) dan Masjid Tok Amal Kampung Nyabor (RM20,000). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]
Pusaka Timber Industries meterai dua MoU jalankan penilaian komersial pembangunan ladang buluh
CHINA: Pusaka Timber Industries Sdn Bhd memeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama G-COVE Technologies Co Ltd dan Sichuan Vanov New Materials Co Ltd. MoU itu bagi menjalankan penilaian komersial terperinci pembangunan ladang buluh, pulpa dan produk berasaskan gentian di Sarawak. Pemeteraian MoU yang disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu bakal […]
Wartawan sambilan terima caruman PERKESO mulai 1 Julai ini
KUCHING: Berita gembira buat wartawan sambilan atau ‘stringers’ apabila bakal menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 1 Julai 2024. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Komunikasi (KKM) melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) akan menampung caruman PERKESO untuk kesemua pengamal media dalam kategori tersebut bagi tempoh satu tahun. “Saya juga meminta agar semua organisasi […]
Jangan ungkit 3R
KUCHING: Menyebar maklumat harus mengandungi nilai-nilai kemanusiaan, melindungi kumpulan minoriti dan ilmu pengetahuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, jika pengamal media menyebarkan maklumat berasaskan ketiga-tiga prinsip itu, Malaysia akan dapat diangkat menghadapi cabaran menggunakan kecerdasan bantuan (AI). Justeru, anak-anak muda harus dilatih memasukkan data dalam AI untuk digunakan oleh semua masyarakat, katanya […]
Majlis Media Malaysia ditubuh bagi jaga kepentingan media
KUCHING: Kementerian Komunikasi kini di peringkat akhir merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM). Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, majlis terbabit berperanan sebagai badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamalnya. “Kerajaan kini dalam proses menyediakan Analisis Impak Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) kepada industri media,” katanya. Beliau berkata demikian di […]
Perayaan Gawai Dayak platform satupadukan rakyat
SIBU: Perayaan Hari Gawai menjadi platform penyatuan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik dalam mengukuhkan perpaduan. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini jelas terbukti apabila rakyat majmuk dan ahli politik dilihat duduk semeja, tanpa mengira perbezaan politik mereka. “Walaupun kita (ahli politik) mungkin berbeza pendapat dalam politik terutama semasa pilihan […]
Sarawak sokong profesional media, pupuk inovasi dan literasi
KUCHING: Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 mampu mengetengahkan isu dan cabaran dihadapi pengamal media dalam kepesatan teknologi media baharu masa kini. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, kemunculan media baharu bukan hanya membawa faedah dan peluang, sebaliknya juga beberapa isu dan cabaran yang perlu ditangani. […]
Utamakan kepentingan Sarawak – Fazzrudin
KUCHING: Rakyat Sarawak diminta mengenepikan kepentingan diri dan berusaha ke arah matlamat bersama untuk menegakkan kepentingan Sarawak bagi memastikan perpaduan dapat dipelihara. Gesaan itu disuarakan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman sambil berkata perpaduan memerlukan pengorbanan yang dilakukan masyarakat. Tegasnya, akan ada unsur atau kuasa negatif yang cuba menyemai perpecahan sesama […]