Month: August 2024

Lima koperasi Sarawak terbaik Malaysia

KUCHING: Sebanyak lima koperasi di Sarawak ini tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, lima koperasi terbabit menunjukkan sumbangan perolehan sebanyak RM93.5 juta. Koperasi tersebut ialah Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah […]

Rombongan Sarawak lawat Snowy Hydro Tumut 3

NEW SOUTH WALES, Australia: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi semalam mengetuai pegawai dari kementeriannya dan Sarawak Energy Berhad (SEB) mengadakan lawatan kerja ke fasiliti di Snowy Hydro Tumut 3 di sini. Lawatan rombongan dari Sarawak itu bertujuan menimba pengetahuan mengenai kemungkinan Penyimpanan Tenaga Hidro Pam (PHES) di Sarawak. PHES merupakan bahagian […]

Hubungan diplomatik Sarawak, Brunei diperkukuh menerusi pelbagai bidang

KUCHING: Hubungan diplomatik Sarawak dan Brunei akan terus diperkukuh melalui kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk telekomunikasi, pertanian, pelancongan dan tenaga elektrik. Usaha itu dizahirkan menerusi delegasi Kerajaan Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei, di Brunei baru-baru ini. Mesyuarat tersebut menyaksikan rombongan Kerajaan […]

Projek pembangunan dipantau rapi, perlu siap ikut jadual

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri adalah jabatan yang paling dipantau rapi di negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau berkata, ini disebabkan JKR adalah jabatan berada di barisan hadapan dalam melaksanakan banyak projek pembangunan di seluruh negeri. “Justeru, kita memiliki banyak kerja pembinaan yang perlu diawasi dan dipantau rapi,” […]

Universiti Teknologi Swinburne akan bina pusat R & D di Kampus Sarawak

MELBOURNE: Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak akan membangunkan pusat pembangunan dan penyelidikan (R & D) di Kuching. Pusat itu akan menumpukan tenaga diperbaharui serta sektor avionik berteknologi tinggi. Perkara itu dijelaskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, tapak bagi menempatkan pusat penyelidikan baharu itu sedang dikenal pasti. Katanya, pusat […]

Kibaran Jalur Gemilang sepanjang jalan, premis

LIMBANG: Masyarakat Limbang menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang jalan dan premis masing-masing, di sini, hari ini. Mereka terdiri daripada enam komuniti MADANI Limbang kemudian menyambut Konvoi Kembara Merdeka Kibar Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Sarawak dari Lawas. Sebelum itu, komuniti terbabit menyertai program anjuran JAPEN Limbang iaitu Jiwa Komuniti […]

Lawas nikmati pelbagai kemajuan

LAWAS: Daerah di utara Sarawak akan memiliki kemudahan lapangan terbang lebih besar dan kemudahan pelabuhan laut dalam di Pulau Sari. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, kerajaan bersetuju untuk membina kemudahan terbabit. “Ia akan menambah baik sistem pengangkutan laut dan udara di kawasan ini,” katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Konvoi Kembara […]

Isu di Lawas diberi perhatian

LAWAS: Isu berkaitan perhubungan jalan raya dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini akan dibawa kepada menteri yang bertanggungjawab. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dato Johari Abdul memberi jaminan itu selepas menerima laporan berkaitan isu terbabit semasa lawatan kerjanya ke daerah Lawas. “Insyallah… kita akan bawa masalah berkaitan perhubungan khususnya jalan raya dan […]

RM66 juta tangani dua projek hakisan sungai

KABONG: Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM66 juta keseluruhannya bagi melaksanakan dua projek mengurangkan hakisan di Sungai Benang dan Sungai Seblak di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd. Chee Kadir berkata, pada dasarnya Kerajaan Sarawak telah meluluskan projek menandatangani hakisan pantai di negeri ini yang kini dalam peringkat pra-kelayakan tender. Projek ini akan dilaksanakan […]