Month: September 2024

BIKF 2024 beri pendapatan lumayan pada peniaga

BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2024 dijangka memberi pendapatan lebih tinggi kepada peniaga festival itu berbanding tahun lalu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setiap peniaga secara purata memperoleh lebih kurang RM30,000 pendapatan kasar sepanjang festival itu tahun lalu. “Pada tahun ini pendapatan purata (peniaga) dijangka […]

Tingkatkan kemahiranpelajar guna ICT – Rubiah

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan, di sini, hari ini. Program itu mendedahkan pelajar sekolah kepada kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkini yang membolehkan mereka belajar dan menggunakan teknologi moden bidang ICT. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah […]

Lapangan terbang baharu jadikan Sarawak hab penerbangan antarabangsa

KUCHING: Projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu bakal dilengkapi teknologi terkini yang mampu menampung kapasiti sehingga 15 juta penumpang setahun. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek ini merupakan pelan jangka panjang yang akan memberikan pengalaman perjalanan lebih lancar. “Penumpang hanya perlu melakukan satu kali proses daftar masuk dan […]

Inisiatif Kerajaan Sarawak dikongsi bersama rombongan Pahang

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menerima kunjungan hormat rombongan dari Pahang di OSEIC Matang, di sini, hari ini. Mereka terdiri daripada rombongan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sabariah Saidan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Adullah berharap kunjungan hormat terbabit membolehkan mereka […]

Pelaburan dalam Affin Bank percepatkan pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

KUCHING: Kolaborasi Kumpulan Affin Bank dengan Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi baharu khususnya ekonomi hijau dan tenaga diperbaharui di negeri ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak bersedia membeli pegangan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas mendapati Affin Bank menunjukkan prestasi yang meyakinkan sejak ditubuh. “Pada […]

Rumah Bidah Tambi dapat pinjaman tapak bina rumah panjang baharu

SARATOK: Penduduk rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka digesa memohon Skim Pinjaman Perumahan Rumah Panjang (SPPRP). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, Kerajaan Sarawak yang memperkenalkan SPPRP bagi membina rumah panjang baharu. “Saya menggesa rakyat agar merebut skim serta bantuan perumahan yang disediakan untuk memiliki kediaman yang lebih selesa,”katanya. Beliau […]

Karnival STEAM Kids bantu promosi pendidikan dalam masyarakat

KUCHING: Program komuniti anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama pusat beli belah The Spring, Karnival STEAM Kids mendapat sokongan daripada komuniti tempatan. Acara empat hari yang bermula dari 18 hingga 21 September itu disertai lebih daripada 300 pengunjung termasuk lebih 100 pengunjung kanak-kanak. UiTM Cawangan Sarawak menerusi kenyataan berkata, kejayaan karnival ini […]

401 pelajar Kolej SIDMA Sarawak lafaz ikrar

KUCHING: Seramai 401 pelajar baharu Kolej SIDMA Sarawak melafaz ikrar sebagai simbolik perjanjian di antara pelajar dan pengurusan kolej berlangsung di bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarshah Kuching (PASBK) di sini, hari ini. Mereka merupakan pelajar baharu dalam pelbagai bidang bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pra ijazah, diploma dan ijazah sarjana muda bagi kemasukan November […]

Layang-layang gergasi harimau beruang jadi tarikan BIKF Ke-17

BINTULU: Layang-layang gergasi berbentuk harimau dan beruang menjadi tarikan utama Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) Ke-17 di Bintulu tahun ini. Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datuk Muhammad Yakup Kari berkata, dua layang-layang gergasi setinggi enam meter dari Perancis terbabit dibeli BDA sebagai daya tarikan pengunjung festival itu tahun ini terutamanya kanak-kanak. “Layang-layang gergasi ini […]

Amerika Syarikat antara 28 negara sertai Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu

BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu (BIKF) Ke-17 akan disertai sebanyak 28 negara termasuk Amerika Syarikat mulai 25 hingga 29 September ini. Festival anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bertemakan ‘Kesatuan Melalui Penerbangan’ itu juga akan mendapat liputan dari dua krew televisyen Perancis. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, festival terbabit akan menyajikan […]