Month: July 2024

CENTEXS Lundu pusat pengajian teori penerbangan pertama

LUNDU: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Lundu bakal menjadi pusat pengajian ilmu teori penerbangan yang pertama di negara ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan membangunkan industri aeroangkasa sementara Tanjung Bako dipilih sebagai lokasi untuk dibina pusat latihan amalinya. Menurutnya, latihan teorinya akan diadakan di CENTEXS Lundu kerana ia […]

Masjid Jamek Negeri Sarawak bakal berwajah baharu

KUCHING: Masjid Jamek Negeri Sarawak bakal berwajah baharu dengan pelancaran model menara baharu yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Pelancaran model ini berlangsung pada Majlis ‘Menelusuri Kegemilangan’ Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Anjung Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini. Pembinaan menara berkonsepkan tenaga hijau […]

Pesta Benak: Raja Sungai Batang Lupar bakal diketahui November depan

SIMANGGANG: Pesta Benak 2024 akan berlangsung di sini selama tiga hari mulai 15 hingga 17 November depan. Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata, pihaknya mensasarkan seramai 50,000 pengunjung pesta kali ke-21 sejak 1999. Katanya, majlis perasmian pesta akan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 16 November manakala majlis penutupan oleh […]

Cadangan jadikan Pantai Damai, Bintulu zon bebas cukai di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dicadang mewujudkan zon bebas cukai di Sarawak iaitu di Pantai Damai dan Bintulu. Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ini kerana di Pantai Damai, Santubong pada setiap tahun dianjurkan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF)yang menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Manakala, di Bintulu mempunyai hab hidrogen yang memberi nilai tambah […]

Projek bina baharu SK Pulo dibiayai Kerajaan Sarawak, bakal siap Februari 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo yang dikategorikan sekolah dan kelas pintar dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, setelah siap bangunan sekolah tersebut boleh digunakan pada April atau Mei 2025. “Ia dibiayai Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA),” […]

Pelantikan Awang Bemee bermakna buat Sarawak – TYT

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan tahniah kepada Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah yang dilantik sebagai Yang Di-Pertua Dewan Negara baharu. Beliau menzahirkan rasa gembira kerana Perdana Menteri telah memilih pemimpin dari Sarawak sekali lagi untuk dicalonkan dan dipersetujui oleh Ahli-ahli Dewan Negara menjadi Yang Di-Pertua […]

898 pelajar baharu UNIMAS lafaz ikrar

SAMARAHAN: Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diingatkan untuk memanfaatkan transformasi digital dan teknologi dalam pembelajaran. Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hatta Rasit berkata, ini kerana di era digital ini, teknologi tidak lagi hanya satu kemudahan, tetapi satu keperluan. “Penggunaan teknologi telah mengubah cara kita belajar dan berinteraksi, membuka pintu kepada sumber ilmu yang tidak […]

Kekalkan sokongan padu terhadap kepimpinan Abg Jo – Awang Tengah

BINTULU: Rakyat Sarawak diminta terus kekal memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia penting agar terus membawa Sarawak ke arah kemajuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. “Sokongan padu itu secara tidak langsung akan membolehkan Kerajaan Sarawak […]

Sarawak, UPM tubuhkan Fakulti Perkhidmatan Veterinar dan Sains Haiwan

BINTULU: Kerajaan Sarawak dan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan bekerjasama menangani keperluan kritikal perkhidmatan veterinar di Sarawak. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, setelah UPM bersetuju memanfaatkan Kampus Bintulu dan kepakaran universiti dalam sains haiwan veterinar bagi mewujudkan Fakulti Perkhidmatan Veterinar dan Sains Haiwan. Katanya, ini susulan […]

PTAR UiTM Cawangan Sarawak anjur program sempena Hari Sarawak

SAMARAHAN: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak menganjurkan program “Merentasi Perbezaan, Menyatukan Hubungan” sempena Hari Sarawak pada 22 Julai lalu. Menurut kenyataan universiti itu, program dianjurkan dengan kolaborasi bersama Pusat Sumber Maklumat, Hospital Umum Sarawak (HUS), Pustaka Negeri Sarawak (PNS) dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak. “Antara pengisian program ini adalah penganjuran bengkel […]