Category: Umum

Alet Sarawak menang pingat SUKMA 2026 bakal terima insentif hujung tahun

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal mengagihkan insentif berjumlah lebih RM1 juta kepada atlet Sarawak yang memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata insentif itu berjumlah RM15,000 bagi setiap pingat emas yang dimenangi manakala RM5,000 bagi pingat perak dan RM3,000 bagi […]

Sarawak perlukan bangunan, kemudahan Mahkamah Tinggi setiap bahagian

KUCHING: Penyediaan bangunan dan kemudahan Mahkamah Tinggi di setiap bahagian di Sarawak perlu diberikan perhatian bagi memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan kehakiman, khususnya penduduk luar bandar dan pedalaman. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan berkenaan pernah dibangkitkan ketika menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen […]

Kolej Universiti i-CATS dijenama semula, Premier bakal umum

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS bakal dijenamakan semula selepas menerima pengiktirafan status universiti penuh secara rasmi untuk beroperasi, hari ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, nama baharu universiti itu akan diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kelak. Menurutnya, kelulusan yang telah berkuat kuasa itu merupakan perkembangan […]

Masyarakat peribumi, komuniti pulihara budaya warisan Sarawak

KUCHING: Masyarakat peribumi dan komuniti perlu terlibat dalam memainkan peranan memulihara tradisi dan budaya warisan Sarawak. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana mereka memainkan peranan penting sebagai penjaga ilmu, tradisi dan amalan budaya yang menjadi asas kepada kelangsungan warisan hidup Sarawak. “Penglibatan mereka bukan […]

Penubuhan AIAC perkukuhkan Sarawak hab timbang tara serantau

KUCHING: Penubuhan cawangan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Sarawak dijangka memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab serantau bagi penyelesaian pertikaian komersial dan pelaburan antarabangsa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar mewujudkan sebuah pejabat cawangan. Sebaliknya, katanya turut menyediakan platform penyelesaian […]

RM88.99 juta naik taraf Jalan Stutong Link, tangani kesesakan lalu lintas

KUCHING: Projek menaik taraf Jalan Stutong Link dan Bulatan Stutong bernilai RM88.99 juta dijangka membantu mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya apabila siap pada Oktober 2028. Majlis disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II serta Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, hari ini. […]

6,246 pelajar terima tawaran pendidikan tinggi percuma Sarawak

KUCHING: Seramai 6,246 pelajar menerima tawaran Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) setakat 30 September lalu, melibatkan empat institusi pengajian tinggi milik Sarawak. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak mencatat jumlah tertinggi dengan 2,802 pelajar. Sementara itu, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) seramai […]

680 sekolah Sarawak dikategorikan tidak selamat

KUCHING: Sebanyak 680 sekolah di Sarawak dikenal pasti berada dalam kategori tidak selamat diduduki. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia berada pada skala enam dan tujuh. “Keadaan ini, tegasnya, menunjukkan keperluan mendesak untuk menaik taraf infrastruktur pendidikan. “Daripada projek sekolah daif yang dilaksanakan melalui peruntukan pendahuluan […]

Inisiatif Alumni Prihatin UNIMAS bantu pelajar OKU

KOTA SAMARAHAN: Sumbangan alumni menerusi inisiatif Alumni Prihatin bagi penyediaan van khas Orang Kelainan Upaya (OKU) mencerminkan komitmen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terhadap pendidikan inklusif. Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Ahmad Hata Rasit berkata, kemudahan itu dapat membantu memudahkan pergerakan pelajar OKU ke kuliah dan lokasi aktiviti lapangan. “UNIMAS ialah universiti inklusif yang memberi […]

Graduan FTES bebas bekerja di luar negara

KUCHING: Graduan yang menerima manfaat pendidikan tinggi percuma Kerajaan Sarawak (FTES) tidak terikat berkhidmat di negeri ini selepas menamatkan pengajian. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak ( MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pendekatan itu bertujuan memberi peluang kepada graduan menimba pengalaman dan meningkatkan kepakaran mereka sebelum kembali menyumbang kepada pembangunan negeri. […]