LIMBANG: Kerajaaan Sarawak akan meneruskan Projek Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) yang telah dibatalkan semasa Kerajaan Pakatan.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek ini sebahagian daripada projek Pan Borneo Highway yang melalui negara Brunei.
“Namun, Premier mahu ia diteruskan dan kita teruskan dan pelaksanaan dirancang untuk menjadi sebahagian daripada lebuh raya pesisir pantai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan persiapan Majlis Peluncuran NCH di Lapangan Rekreasi Limbang petang semalam.
Awang Tengah berkata, projek terbabit juga dijenamakan sebagai Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) dan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak sepenuhnya.
