LUNDU: Seramai 300 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima bantuan baucar bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM200 seorang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata bantuan terbabit dari Yayasan Sarawak.
“Ini diharap dapat membantu persediaan pelajar kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah tahun depan,” katanya ketika Majlis Simbolik Penyerahan Baucer Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2023 untuk DUN Tanjong Datu di Pejabat Pendidikan Daerah Lundu di sini, hari ini.
Azizul Annuar berkata, pada tahun hadapan sebanyak RM2 juta akan ditambah bagi bantuan berkenaan.
Ini akan dapat memberi manfaat kepada 10,000 lagi pelajar di Sarawak.
