SARATOK: Penduduk dua rumah panjang menghantar borang keahlian menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, keseluruhannya seramai 147 orang dari Rumah Ikom Senyawan dan Rumah Embol Asom.
“Seramai 118 penduduk dari Rumah Ikom Senyawan dan 28 penduduk dari Rumah Embol Asom dari Sungai Anak Roban telah menghantar borang penyertaan mereka untuk menyertai PBB hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika penyerahan borang terbabit kepada PBB Cawangan N.38 Kalaka dan Majlis Selamat Hari Krismas 2023 dan Selamat Tahun Baru 2024 di Rumah Panjang Senyawan, di sini, hari ini.
Simbolik penyerahan borang itu oleh Tuai Rumah Ikom dan Tuai rumah Embol kepada beliau disaksikan oleh Exco Pergerakan Pemuda Negeri Sarawak, Kaunselor Kasdi Pandi dan Setiausaha Kehormat PBB Cawangan N.38 Kalaka Gapor Ahmad.