Iskandar, isteri buang undi di SK Bintulu

BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu di sini, jam 8.30 pagi.

Iskandar,54, membuang undi bersama-sama isterinya, Dayang Loha Awang Sahari,52, di saluran nombor dua.

10 minit kemudian, ibu bapa Iskandar, Turkee Hamzah,75, seorang pesara dan isteri, Hamdiah Abdullah turut membuang undi di pusat pengundian sama.

Sementara itu, suasana pengundian di SK Bintulu berjalan lancar. Cuaca cerah memudahkan lagi pengundi membuang undi sejak pusat pengundian dibuka 7.30 pagi.

Sementara itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) peratus keluar mengundi sehingga jam 9 pagi ialah 13%.