BINTULU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berlangsung dalam suasana aman.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan gangguan terhadap proses pengundian.
Katanya, sejak pengundian bermula pada jam 7.30 pagi di setiap 14 pusat mengundi sehingga setakat jam 4.15 petang tadi.
“Keadaan baik dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya selepas melakukan tinjauan sempena PRK DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dato Mancha Ata berkata, seramai 10,342 pengundi turun mengundi iaitu sebanyak 45.44 peratus setakat jam 4 petang.