2,700 perwakilan dari 23 cawangan hadiri Konvensyen Khas Parti PBB

SIBU: Lebih 2,700 perwakilan dari 23 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Sibu berhimpun di sini menghadiri Konvensyen Khas sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, esok.

Yang di-Pertua Parti PBB merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan konvensyen itu.

Terdahulu, pada sebelah pagi konvensyen itu akan dimulakan dengan penerangan mengenai ekonomi baharu dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Ia diiikuti dengan pembentangan usul, usul dicadangkan oleh Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Cawangan N55 Nangka dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti PBB Zon Sibu, Dr Annuar Rapaee.

Usul disokong oleh Ketua Cawangan N.62 Katibas Lidam Assan.

Perbahasan usul dipengerusikan oleh Ketua Cawangan N43 Daro merangkap Pengerusi Tetap Konvensyen Khas Parti PBB Zon Sibu, Safiee Ahmad.