Cadangan tambah pusat remaja Cafe

SIBU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang menambah jumlah pusat remaja Cafe @ Teen di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, melalui Cafe@Teen golongan remaja akan diperkasakan supaya aktif, mencungkil bakat dan menghargai diri.

Katanya, program ini amat penting bagi meningkatkan kesedaran kepada penduduk setempat.

“Malah, penduduk dan sekolah kita digalak supaya berjumpa dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk mewujudkan Cafe@Teen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Forum Advokasi Pendidikan Reproduktif Terutama Kepada Golongan Berkeperluan Khas Dari Perspektif Agama Di Sarawak, hari ini.

Ahli Parlimen Sentubong itu memberitahu, beratus ribu ahli sahabat Cafe@Teen di seluruh negara dan Sarawak perlu menambahkannya.