Larian Kesedaran Keselamatan Siber SMA 2023

LARIAN KESEDARAN … Dianggarkan 2,000 peserta menyertai Larian Kesedaran Keselamatan Siber SMA 2023 di Padang Merdeka, Kuching hari ini.

Larian itu dianjurkan bersama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan Grit Event Management. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Grit, Awang Saifeluddin, penyertaan larian itu mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada warga kota.

Dalam tempoh beberapa hari penyertaan itu ditutup berikutan sudah melebihi sasaran 2,000 orang.

Larian itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan dan sebagainya. Selepas larian, peserta berpeluang mendengar taklimat berhubung penipuan siber, langkah menangani dan sebagainya. Turut diadakan cabutan bertuah dan kuiz.