Pangkalan tentera laut akan dibina di Samalaju

BINTULU: Kerajaan akan membangunkan sebuah pangkalan pasukan tentera laut di Samalaju, di sini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata apabila siap nanti, pangkalan tersebut akan dijadikan sebagai Markas Wilayah Laut 2 bagi pasukan tentera laut.

“Kawasan ini mempunyai banyak kapal (tentera laut),” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Pusat Pentadbiran Bersepadu Jepak, di sini, hari ini.

Abang Johari mengulas perbincangan dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Seri Mohamad Hasan, semalam.

“Selain itu, kita akan menempatkan satu briged (tentera darat) di Bintulu,” tambahnya.

Katanya, dengan anggota pertahanan di kawasan terbabit, maka aspek keselamatan dan pertahanan terjamin.

Dengan jaminan itu katanya, banyak pelabur akan membuat pelaburan di negeri ini khasnya dan Bintulu amnya.

Selain itu, Premier Sarawak berkata, anggota polis juga kemungkinan akan ditambah di Bintulu kerana setelah mendengar taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak berhubung penambahan anggota.