KABONG: Geran dan bantuan dana berjumlah RM214,000 telah diagihkan kepada 10 pertubuhan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, geran dan bantuan dana itu disumbang Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Kita berharap penerima geran menggunakan bantuan kerajaan ini untuk menganjurkan aktiviti atau kegiatan membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan cek geran dan bantuan dana terbabit di Pejabat Pusat Khidmat DUN Kabong di sini.
Antara penerima geran tersebut iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Eman Nyabor (RM7,000); PIBG SK Sungai Pasir (RM7,000); PIBG SK Engkabang (RM7,000); PIBG SK Ulu Roban (RM7,000); PIBG SK Hj Junid Gerigat (RM7,000); PIBG SJK Chung Hua Roban (RM6,000); Lembaga Pengurusan SJK Chung Hua Roban (RM6,000), SABERKAS Kawasan Kabong (RM10,000) dan bantuan dana sekolah Mubaligh Sarawak tahun 2024 iaitu PIBG SK St Paul Roban (RM150,000) dan PIBG SK St Michael Plassu (RM70,000).