Month: August 2025

Konvoi motosikal meriahkan sambutan Hari Kebangsaan DUN Kabong

KABONG: Sambutan Ambang Hari Kebangsaan Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong berlangsung meriah di Pusat Penjaja Kabong malam tadi dengan pelbagai pengisian program yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk. Acara bermula jam 8.30 malam tadi menarik kehadiran ramai pengunjung menyaksikan konvoi motosikal melibatkan 100 motosikal, pertandingan motosikal berhias, pertandingan pulut merdeka, fesyen orang […]

Sarawak terus maju, makmur

KOTA PADAWAN: Masyarakat pelbagai kaum terutama generasi muda perlu menghayati nikmat kemerdekaan dan kemajuan di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata, nikmat kemerdekaan dan kemajuan bukan datang bergolek, sebaliknya hasil usaha pemimpin negaraterdahulu dan pemimpin-pemimpin sekarang. Kata Lo, setelah negeri-negeri di Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957, Sarawak dan […]

Hari Kebangsaan simbol penyatuan rakyat Sarawak

KUCHING: Sambutan Hari Kebangsaan mempunyai signifikan bagi rakyat Sarawak sebagai simbol penyatuan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama dalam semangat Malaysia yang sebenar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tiga tarikh penting iaitu 22 Julai (Hari Sarawak), 31 Ogos (Hari Kebangsaan) dan 16 September (Hari Malaysia) perlu terus dihayati […]

Sarawak contoh terbaik perpaduan pelbagai kaum

SARIKEI: Sarawak merupakan contoh terbaik perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia apabila kepelbagaian budaya dan etnik tidak menjadi penghalang, sebaliknya sumber kekuatan serta identiti bersama negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, suasana masyarakat yang rukun dan saling menghormati membolehkan Sarawak terus berkembang pesat dalam keadaan penuh keharmonian. “Kita […]

Abang Johari diberi taklimat operasi E-Penambang

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama keluarga berkesempatan menaiki E-Penambang, perahu tambang elektrik pertama di Sungai Sarawak. Inisiatif E-Penambang memperkukuhkan pengangkutan ikonik Bandaraya Kuching dengan ciri lebih selamat, cekap, mesra alam dan rendah karbon, sambil mengekalkan reka bentuk tradisional perahu tambang. Premier turut menerima taklimat ringkas daripada Dewan Bandaraya […]

Sarawak perlukan autonomi pendidikan, kesihatan

KUCHING: Sarawak masih memerlukan autonomi dalam sektor pendidikan dan kesihatan. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembangunan infrastruktur kemudahan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan memerlukan sokongan padu daripada Kerajaan Pusat agar Sarawak dapat mencapai kemajuan yang telah dijanjikan. “Atas sebab itu, Sarawak masih memerlukan autonomi dalam sektor pendidikan dan kesihatan […]

Tunggu kelulusan Jabatan Pendidikan, Sekolah Menengah YSISS bakal beroperasi September ini

SIBU: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) Sibu bakal memulakan operasinya pada September ini. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, bangunan sekolah ini (YSISS) kini telah siap sepenuhnya dan semua permit yang diperlukan, termasuk daripada pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Bomba, sudah diperoleh. “Kita hanya menunggu kelulusan terakhir […]

Dialog bersama komuniti Kuala Rajang untuk projek karbon biru

SARIKEI: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) menganjurkan dialog Bersama Komuniti untuk Projek karbon biru yang pertama di Dewan Lakin, Kpg Nyabor di sini, hari ini. Dialog dianjurkan dengan kerjasama Worldview Climate Solutions (WCS) itu menghimpunkan wakil masyarakat setempat, pemimpin komuniti, agensi berkaitan dan rakan pelaksana projek di kawasan Kuala Rajang. Ini bagi membincangkan […]

One Stop Committee hanya ada di Sarawak

SIBU: Sokongan keluarga dan komuniti menjadi elemen penting membantu bekas banduan membina semula kehidupan serta mengurangkan risiko kembali terjebak dengan kesalahan lampau. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, proses pemulihan selepas keluar dari penjara sangat bergantung pada penerimaan keluarga, masyarakat, agensi kerajaan dan majikan. “Unconditional love daripada keluarga […]

Betong bakal miliki prasarana sukan baharu

BETONG: Sebuah lagi prasarana sukan akan dibina berdekatan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Betong bagi memajukan sektor sukan dan pembangunan belia di kawasan tersebut. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, prasarana tersebut Akademi Belia Betong dibina lengkap dengan kemudahan hostel dan fasiliti sebagai pusat latihan. “Terima kasih Kementerian […]