Month: September 2025

Jerayawara Sarawak Lestari tingkatkan pemahaman masyarakat terhadap SDG

DARO: Program Jerayawara Sarawak Lestari anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Dr. Safiee Ahmad di Dewan Masyarakat Daro, hari ini. Program selama dua hari bermula 27 September itu bertujuan meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya berkaitan tindakan iklim, air bersih, penggunaan bertanggungjawab dan pemeliharaan […]

Inisiatif UniMADANI bantu perkukuhkan komuniti luar bandar

SAMARAHAN: Sebuah projek berimpak tinggi di bawah inisiatif UniMADANI dilaksanakan di Kampung Baru Samarahan, di sini. Projek tersebut bagi memperkasakan komuniti luar bandar melalui pendekatan inovasi hijau, pemindahan ilmu dan pembangunan mampan. Program UniMADANI ini digerakkan oleh universiti awam seluruh Malaysia dengan sokongan penuh Kementerian Kewangan. Projek bertajuk Waste to Wealth: Empowering Communities Through Green […]

UNIMAS sediakan sokongan pada pelajar OKU

SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan terus menyediakan sistem ‘buddy’ bagi pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di universiti itu. Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, ini bagi memastikan sokongan kepada mereka terutamanya menjelang musim pendaftaran pelajar baharu. “Kita telah menyediakan sistem tersebut yang mana seorang pelajar dari fakulti yang sama dengan pelajar […]

Pesta Pulau Bruit pemangkin ekonomi penduduk tempatan

DARO: Pesta Pulau Bruit 2025 membuktikan potensi sebagai pemangkin ekonomi tempatan dengan mencatat jualan keseluruhan mencecah RM200,000 sepanjang lima hari penganjuran. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, ia membuktikan permintaan tinggi terhadap produk tempatan khususnya hasil laut dan pertanian. Menurutnya, penganjuran pesta ini bukan sahaja […]

Momentum baharu Sarawak sebagai tarikan pelaburan asing di UK

UNITED KINGDOM: Misi Pelaburan Sarawak ke United Kingdom (UK) dari 23 hingga 28 September lalu berjaya membina momentum baharu, kata Timbalan Premier Sarawak,Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Katanya, langkah itu perlu dalam usaha menarik pelaburan asing, selain mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab pelaburan berdaya saing di rantau Asia Tenggara. Beliau yang juga Menteri Perdagangan […]

Sarawak mahu wanita muda jadi pelapis pemimpin

KUCHING: Lebih ramai wanita muda perlu diberi ruang untuk menjadi barisan pelapis pemimpin masa depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini termasuk sebagai pelapis pemimpin masa depan Sarawak. “Kita juga mahu melihat lebih ramai wanita muda dilatih, dibimbing dan diberi ruang untuk menjadi barisan pelapis pemimpin masa […]

Sarawak tawarkan tarif elektrik kompetitif antara strategi tarik pelabur

KUCHING: Keputusan Sarawak untuk mengawal sendiri kadar tarif elektrik dengan menawarkan harga lebih kompetitif dilihat sebagai strategi menarik aliran pelaburan baharu ke negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan kelebihan Sarawak terletak pada kekayaan sumber tenaganya. Ini bagi membolehkan kerajaan negeri menentukan kadar yang lebih rendah berbanding pesaing lain […]

Budayakan gaya hidup sihat

MIRI: Karnival Santuni MADANI dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025 menekankan kepentingan transformasi kesihatan negara daripada konsep penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan menyeluruh. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ANMS adalah usaha kesihatan awam negara untuk menggalakkan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran. “Kesihatan yang baik bukan sahaja berkaitan rawatan penyakit, […]

Ekosistem keusahawanan Bumiputera diperkukuh – Rubiah

KOTA SAMARAHAN: Kampung Endap, Kota Samarahan menjadi tumpuan menerusi penganjuran Program Transformasi Usahawan MARA 2025. Program tersebut menampilkan pelbagai pengisian ilmu, latihan kemahiran dan peluang keusahawanan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, program diadakan di Dewan Sri Payung hari ini, bukti […]

SEA Games 2027: Kuching sah tuan rumah 16 acara

KUCHING: Sebanyak 16 acara sukan sah akan dipertanding di bandar raya ini pada temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA 2027. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Jawatankuasa Persiapan SEA Games 2027 baru-baru ini. “Daripada 36 acara keseluruhan, sebanyak 16 acara telah […]