Month: October 2026

Cawangan Sebuyau perkemas jentera parti hadapi PRU DUN Sarawak

SEBUYAU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sebuyau memperkemas persiapan jentera parti di peringkat cawangan dan 38 ranting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU DUN) Sarawak ke-13. Ketua Parti PBB Cawangan Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, persiapan awal itu melibatkan penyelarasan gerak kerja, kemas kini carta organisasi serta pembahagian tugas jawatankuasa di semua peringkat. […]

PRU DUN Sarawak: Polis sedia gerak anggota hadapi banjir

BINTULU: Polis Sarawak sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir menjelang Pilihan Raya Umum (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata ini bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin, terutama ketika berdepan keadaan cuaca tidak menentu menjelang pilihan raya nanti. “Memang setiap masa kita bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, tambahan pula […]

Sarawak bakal miliki Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu

KUCHING: Sarawak bakal memiliki Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meningkatkan perkhidmatan serta kepakaran dalam sektor penjagaan. Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, dua pusat berkenaan sedang dirancang untuk diwujudkan masing-masing di Sarawak dan Pulau Pinang. “Inisiatif ini disokong melalui latihan kepada 8,000 tenaga kerja […]

Dapatkan khidmat kaunseling kaunselor berdaftar

KUCHING: Orang ramai dinasihat supaya mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia bagi memastikan nasihat dan bimbingan diberikan oleh individu berkelayakan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, pendaftaran berkenaan penting bagi memastikan kaunselor mempunyai kelayakan untuk menjalankan tugas secara profesional. Menurutnya, individu yang menjalankan perkhidmatan kaunseling secara […]

Projek mega Sarawak jadi kenyataan

SIMANGGANG: Kritikan pembangkang yang sebelum ini menyifatkan pengumuman pembinaan jambatan dan projek mega di Sarawak sebagai sekadar ‘air liur’ atau janji kosong akhirnya terjawab apabila satu demi satu projek pembangunan berjaya direalisasikan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembukaan Jambatan Batang Lupar 2 kepada orang awam hari ini membuktikan Kerajaan Gabungan Parti […]

POSKOM permudah akses bantuan kebajikan penduduk Betong

DEBAK: Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) Bahagian Betong 2026 memudahkan golongan sasar, khususnya warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan keluarga berpendapatan rendah mendapatkan maklumat serta perkhidmatan kebajikan tanpa perlu menempuh perjalanan jauh ke pusat perkhidmatan. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Dr. Mohammad Razi Sitam berkata, pendekatan turun padang itu mencerminkan komitmen kerajaan […]

Sarawak kekal tuntut perwakilan satu pertiga kerusi Dewan Rakyat

SRI AMAN: Sarawak kekal dengan pendirian menuntut perwakilan satu pertiga kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat serta prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebarang usaha meningkatkan perwakilan kedua-dua negeri itu kepada 35 peratus perlu dilaksanakan menerusi proses perundangan yang ditetapkan. Beliau […]

31/10 SKCCM 2026 tarik lebih 240,000 pengunjung

KUCHING : Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) 2026 berjaya menarik lebih 240,000 pengunjung sepanjang lima siri jelajah terdahulu, mengatasi sasaran awal seramai 200,000 orang. Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah berkata, penganjuran karnival itu turut merekodkan jualan melebihi sasaran RM1 juta, membuktikan keberkesanannya dalam merancakkan industri pelancongan domestik negara. “Sarawak […]

Sri Aman nikmati projek jalan berkembar, atasi kesesakan trafik

SIMANGGANG: Sri Aman bakal menikmati jaringan jalan raya lebih lancar menerusi projek menaik taraf laluan dari simpang Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman ke Bandar Simanggang kepada jalan berkembar dengan kos keseluruhan RM334 juta. Projek berkenaan diluluskan Kerajaan Sarawak bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas susulan pembangunan pesat Sri Aman serta peningkatan jumlah kenderaan yang […]

Sarawak pilihan pelabur Jepun

SRI AMAN: Sarawak menjadi pilihan seorang usahawan bertaraf dunia dari Jepun untuk melabur dalam pembangunan pusat data pintar berteknologi tinggi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelabur berkenaan mengadakan pertemuan dengannya selepas membuat kajian terhadap dasar kerajaan negeri. “Beliau memaklumkan bahawa bukan sahaja bekalan tenaga menjadi tarikan, malah dasar pendidikan […]