LIMBANG: Syarikat penerbangan dan bas ekspres digalak menambah perkhidmatan bagi memudahkan rakyat Sarawak pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu penting memandangkan permintaan untuk perkhidmatan mereka akan meningkat mendadak menjelang pilihan raya ini. Beliau yakin selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya itu, […]
Peruntukan RM200 juta untuk perkhidmatan RAS Sarawak
LIMBANG: Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM200 juta setiap tahun bagi memperkukuh perkhidmatan udara luar bandar (RAS) khususnya di Sarawak. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ini kerana penduduk di pedalaman bergantung kepada perkhidmatan RAS. “Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan komited memastikan RAS ini dapat diperkukuhkan. Setiap tahun kita membelanjakan lebih RM200 juta untuk pastikan RAS beroperasi,” […]
Sarawak rancang modul pendidikan alam sekitar untuk sekolah, komuniti
KUCHING: Sarawak merancang membangunkan modul pendidikan alam sekitar untuk sekolah dan komuniti berasaskan pengetahuan antarabangsa serta pengalaman tempatan. Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, modul itu akan dibangunkan melalui kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), institusi akademik serta rakan komuniti. […]
Ada menteri Parti PBB mahu undur diri
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengesahkan akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat GPS yang dihadiri semua presiden parti komponen gabungan […]
PUNB perkenal pembiayaan sehingga RM10 juta Januari 2027
KUCHING: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) merancang memperkenalkan skim pembiayaan baharu, “PROSPER GROW PLUS” pada Januari 2027 dengan tawaran pembiayaan antara RM1 juta hingga RM10 juta. Pengerusi PUNB, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, skim tersebut bertujuan membantu syarikat Bumiputera yang sedang berkembang untuk meneroka sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi. Menurutnya, skim berkenaan menawarkan […]
Sarawak perluas estet perindustrian ke bahagian, daerah
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memperluaskan pembangunan estet perindustrian ke peringkat bahagian dan daerah tertentu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah tersebut bagi membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan. Tambahnya, langkah tersebut merupakan sebahagian usaha memperkukuhkan ekosistem perniagaan menerusi Belanjawan Sarawak 2027 yang berjumlah RM14.845 […]
Cadangan kaji semula Ordinan Barangan Terpakai
SAMARAHAN: Kerajaan Persekutuan digesa mengkaji semula Ordinan Barangan Terpakai bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap kegiatan pembelian barangan curi yang menyumbang kepada vandalisme kemudahan utiliti dan telekomunikasi. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, hukuman sedia ada perlu dinilai semula bagi membendung kegiatan kecurian kabel dan peralatan utiliti yang menjejaskan perkhidmatan kepada […]
SKS Sri Aman sasarkan 100,000 pengunjung mulai 30 Okt-1 Nov
SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Zon Selatan Bahagian Sri Aman menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya mulai 30 Oktober hingga 1 November ini. Bertempat di Padang Kompleks Sukan Sri Aman, program itu menawarkan pelbagai aktiviti, perkhidmatan kepada rakyat serta hadiah cabutan bertuah, termasuk sebuah kereta Perodua Bezza. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) […]
Sarawak mahu lahir lebih ramai guru al-Quran
KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuhkan pendidikan al-Quran melalui pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai guru, qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti serta berdaya saing. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah,DBKU) dan Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, penubuhan Pusat Al-Quran Darul Hana Majlis Islam Sarawak (DHQc-MIS) […]
Manfaatkan Khazanah Borneo demi kesejahteraan rakyat
KUCHING: Kekayaan sumber semula jadi dan biodiversiti di Pulau Borneo perlu dimanfaatkan secara bijak berlandaskan ilmu serta ajaran al-Quran bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membasmi kemiskinan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Borneo mempunyai khazanah alam yang amat bernilai dan berpotensi menjadi pemangkin pembangunan ekonomi serantau. Menurutnya, sumber tersebut […]
