Month: June 2026

Premier Sarawak ‘ngabang’ ke kediaman Alfred Jabu

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan tradisi ‘ngabang’ ke kediaman mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sempena Hari Gawai Dayak. Ketibaan beliau sekitar jam 12 tengahari tadi disambut ahli keluarga Alfred Jabu. Beliau meluangkan masa sekitar satu jam setengah bersama tokoh veteran politik […]

Sarawak perkukuhkan kerjasama industri semikonduktor Korea Selatan

SEOUL: Sarawak memperkukuh kedudukannya sebagai hab teknologi tinggi dan semikonduktor serantau menerusi sesi libat urus strategik bersama Persatuan Industri Semikonduktor Korea (KSIA) yang dihoskan oleh SMD Semiconductor di Seoul. Sesi tersebut diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama delegasi Sarawak. Delegasi terdiri daripada wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) […]

Dakwaan bersara dari politik, Uggah serahkan pada Premier

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin yang mendakwa beliau bakal bersara dari arena politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. ​Sebaliknya, beliau menyerahkan keputusan tersebut sepenuhnya kepada kebijaksanaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu […]

Operasi penuh AirBorneo dijangka tangani isu tambang penerbangan musim perayaan

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus mencari jalan menangani isu tambang penerbangan terutama musim perayaan termasuk mempertimbangkan pemberian subsidi dan pengoperasian penuh syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menyedari masalah sering dihadapi rakyat yang hendak pulang ke Sarawak, maka AirBorneo bakal menanganinya sebaik sahaja beroperasi sepenuhnya nanti. […]