Pelajar, asnaf, pertubuhan terima sumbangan sempena Maal Hijrah Peringkat Daerah Lundu

LUNDU: Sebanyak RM150,500 disumbangkan kepada penerima semasa sambutan Maal Hijrah Tahun 1448H/2026M Peringkat Daerah Lundu di Kampung Stunggang Melayu Lama, di sini, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan sambutan itu yang bertema “Ummah Maju Makmur”.

Sumbangan terbahagi kepada sebanyak RM10,500 Bantuan Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 21 pelajar dan Bantuan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM95,000 kepada 13 penerima.

Selain itu, sumbangan kepada 10 orang asnaf serta pemberian sumbangan khas kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sebanyak RM5,000 dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIL) sebanyak RM40,000 bagi menyokong aktiviti pertubuhan.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup, Pegawai Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail serta Pemanca Jumahdi Sabian.