Month: November 2025

Program ‘Back To School’ EKUINAS ringankan beban murid

MUKAH: Seramai 200 murid menerima pakaian seragam dan kasut sekolah melalui Program ‘Back To School’ anjuran Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Program tersebut mendapat kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat P213 Mukah, yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bukit Engkerbai hari ini. Majlis penyerahan disempurnakan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, yang menzahirkan penghargaan […]

Pesta Besaug kukuhkan identiti, integrasi budaya Melanau

DALAT: Pesta Besaug Dalat 2025 sekali lagi memperlihatkan peranannya sebagai platform berprestij dalam memperkukuh identiti dan integrasi budaya Melanau. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata pelbagai acara tradisi dan moden berjaya menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh perpaduan dan kemeriahan. Katanya, penganjuran tahun ini menyerlahkan kekuatan budaya Dalat yang […]

Larian Bomba Sarawak 3.0 dekatkan anggota dengan masyarakat

BINTULU: Kejayaan Larian Bomba Sarawak Bersama Komuniti 3.0, berjaya menarik 2,860 peserta. Ini mendorong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memperkenalkan acara baharu, Larian Bomba Bintulu 1.0, bermula tahun depan. Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, berkata sambutan luar biasa itu menunjukkan sokongan padu masyarakat Bintulu terhadap program komuniti. Beliau menjelaskan, program berkenaan bukan sahaja […]

Khatam al-Quran jadi landasan bentuk generasi beradab, berilmu

MATU: Majlis Khatam al-Quran anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Bruan Mapal bukan sekadar acara pengiktirafan kepada pencapaian murid, malah menjadi platform melahirkan generasi Islam yang berakhlak mulia, berilmu dan beradab tinggi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, pembudayaan membaca dan memahami al-Quran perlu dijadikan amalan berterusan kerana ia menjadi tunjang membentuk sahsiah pelajar, khususnya luar […]

TYT, Toh Puan meriahkan Karnival Medan Niaga Satok

KUCHING: Karnival Medan Niaga Satok 2025 kembali meriah apabila Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menghadiri acara tersebut di sini, pagi tadi. Dalam kemuncak program hari ini, Toh Puan tampil mengendalikan demonstrasi masakan khas dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa iaitu […]

Wanita Parti PBB Bukit Sari teruskan program jelajah zon, santuni anak yatim

LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari meneruskan usaha mendekati masyarakat melalui Program Jelajah Zon, menyantuni anak-anak yatim dan golongan memerlukan. Ketua Wanita Cawangan Bukit Sari, Auji Najian Garip, berkata program ini adalah kesinambungan usaha cawangan untuk mendekati komuniti di seluruh ranting Bukit Sari, termasuk Kampung Pemukat, Dato, Nor Islam dan […]

STI pemacu Sarawak maju menjelang 2030

BETONG: Penguasaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) menjadi asas penting dalam mendorong Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030. Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu menegaskan, pendedahan awal kepada murid sekolah rendah merupakan pelaburan jangka panjang bagi membentuk generasi kreatif, celik teknologi dan mampu bersaing di peringkat global. “Ini bukan sekadar program sekolah, ini […]

Bahasa Melanau semakin popular, kikiskan sikap malu – Len Talif

KUCHING: Program Hari Keluarga Melanau mampu membantu mengeratkan hubungan komuniti di samping mengembalikan nostalgia dalam kalangan mereka. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata penganjuran program seumpamanya dapat mengukuhkan ukhuwah masyarakat berkenaan yang tinggal di bandar raya ini. “Kita sedia maklum bahawa masyarakat Melanau mempunyai banyak dialek kerana […]

Sepak takraw berpotensi jadi tarikan pelancongan di Lawas

LAWAS: Sukan sepak takraw berpotensi dijadikan produk pelancongan bagi daerah Lawas, selain mengekalkan permainan tradisional ini sebagai warisan budaya tempatan. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, berkata pemain sukan itu dicabar untuk mengharumkan nama daerah sekali gus mempromosikannya sebagai destinasi sukan pelancongan. “Jadi kita cabar pemain permainan ini agar dapat […]