53 pelajar terima insentif pendidikan

SEBUYAU: Seramai 53 pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan di sini, menerima insentif pendidikan untuk menyambung pelajaran masing-masing.

Mereka terdiri daripada 29 mahasiswa peringkat sarjana muda, 19 penerima (diploma) serta lima ( Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Majilis disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Sebuyau hari ini.

Beliau ucapannya berkata, insentif ini diharap dapat meringankan beban kewangan pendidikan sekali gus mendorong semangat pelajar untuk menimba ilmu.

“Mereka (pelajar) adalah pemangkin kepada pembentukan modal insan berkualiti dari kawasan Sebuyau serta menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara,” katanya.

Pelajar rata-ratanya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ADUN berkenaan.