KUALA LUMPUR: Sesi perjumpaan bersama YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Ahli-Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) berlangsung di sebuah hotel di sini, malam ini.
Sesi perjumpaan bersama Premier yang juga Pengerusi GPS itu merupakan perjumpaan rutin biasa setiap kali persidangan Parlimen diadakan.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Dagang, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman serta menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri persekutuan, ahli-ahli parlimen dan senator.
Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 berlangsung selama 16 hari sehingga 16 Julai depan.
