Mesyuarat pertama pengurusan Wisma Melayu Sarawak

KUCHING: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengadakan Mesyuarat Pengurusan Wisma Melayu Sarawak buat julung kali di Wisma Melayu Sarawak, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat itu bagi membincangkan penyelarasan pengurusan, operasi, pembangunan dan kesiapsiagaan Wisma Melayu Sarawak.

Selain itu, bagi memastikan pengurusannya dilaksanakan secara teratur, profesional dan berkesan selaras peranan serta fungsi yang dirancang.

Turut hadir Timbalan Pengerusi AKYBMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi dan Pelaburan, Dato Sri Mohd Naroden Majais; Setiausaha merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perundangan, Datu Abdul Razak Tready; Bendahari, Kushairi Johan; serta Pengerusi Jawatankuasa Politik, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Juga hadir Pengerusi Jawatankuasa Budaya dan Kesenian, Datuk Abdul Wahab Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Datuk Dr Wahbi Junaidi serta wakil daripada PU Architect, BL Consultant Team serta kakitangan AKYBMS.