LUNDU: Majoriti Ahli Parlimen Sarawak tidak melibatkan diri berbicara soal politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat terutama semasa perbahasan di Parlimen Persekutuan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kebanyakan Ahli Parlimen dari Sarawak lebih menjurus kepada pembangunan yang mahu dibawa ke negeri ini.
‘’Tumpuan kita lebih kepada pembangunan dan kita tidak berpolitik macam orang lain. Perkara tersebut tidak memberi faedah kepada negeri mahupun rakyat,’’ katanya.
Beliau berkata demkian pada Program Hari Keluarga di Dewan Centex Lundu hari ini.
Ahli Parlimen Santubong itu menzahirkan rasa syukur kerana mendapat didikan daripada barisan kepimpinan Kerajaan Sarawak yang sentiasa mahukan pembangunan untuk rakyat.
‘’Disebabkan itu kini Kerajaan Sarawak menjadi contoh kepada negeri lain terutama di Semenanjung Malaysi,’’ katanya.
Berhubung Penganjuran Hari Keluarga, Nancy berkata ia mewujudkan ruang untuk keluarga mengeratkan silaturahim sesama sendiri serta bersama komuniti yang lain.