Anugerah Belia Sarawak 2023

TAHNIAH … Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok, Mohd Akram Mohd Karim dianugerahkan Anugerah Belia Sarawak 2023 bagi kategori lelaki sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di Kapit. Sementara itu, Lyona Stephen dianugerahkan bagi kategori wanita dan Kelab Belia Tanjung Kidurong (kategori persatuan).

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri itu dirasmikan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Premier Sarawak

Kedua-dua Lyona dan Akram menerima hadiah RM5,000 atas usaha cemerlang mereka manakala Kelab Belia Tanjung Kidurong menerima RM10,000.