SIBU: Cadangan pembinaan Tadika Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) di kawasan Masjid An Nur Sibu sedang dijalankan.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, perbincangan bersama Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) diadakan.
“Mereka berjanji kepada saya siap dengan lakaran, hari ini (25 Januari) saya akan panggil mereka untuk melihat lakaran dan reka bentuk yang dicadangkan kepada LAKIS untuk membina sebuah tadika baharu di dalam kawasan masjid itu.
“Tadika berkenaan dapat menampung 80 pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Hadiah dan Khatam Al – Quran SAR Madarsatul Islamiah dan Tadika LAKIS Sibu, hari ini.
ADUN Nangka itu memberitahu, tadika itu kini terpaksa menyewa rumah untuk menjalankan operasinya.
