KUCHING: Projek saluran paip baharu sepanjang tiga kilometer (km) yang berharga RM1.8 juta bagi kawasan Kudei, Satok di sini sudah siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, penyambungan paip tersebut ke rumah bagaimanapun belum disediakan kerana peruntukan untuk tujuan tersebut belum disediakan.
“Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sudah bersetuju untuk membantu menyelesaikan perkara ini dan akan dijalankan bermula tahun depan,” katanya pada majlis Pra-Krismas di Balairaya Kampung Kudei Baru, di sini.
Beliau berkata, di samping itu, pelan induk bagi pembesaran Kampung Kudei akan dikaji bagi mengurangkan masalah kepadatan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau berkata, pelan tersebut akan mengambil masa untuk dirancang memandangkan kerja-kerja pembesaran kampung rumit untuk diselesaikan.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany.
