SARATOK: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka akan menumpukan kepada pelajar sekolah bagi menyertai kempen keselamatan kebakaran.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok.
“Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu keselamatan kebakaran atau kebombaan sejak di bangku sekolah lagi,” katanya ketika merasmikan Jelajah Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kupang di sini.
Mohamad Duri berkata, dengan program ini maka ilmu kaedah pencegahan dan tindakan awal memadam api dapat didedahkan kepada ahli bomba komuniti dan pelajar sekolah.
Turut hadir ialah Guru Besar SK Kampung Kupang, Maseri MatNor dan Ketua Balai BBP Saratok, Putra Ila.
