KUALA LUMPUR: Malaysia mencapai satu lagi kejayaan besar hasil daripada penggunaan genome kelapa sawit untuk meningkatkan kecekapan amalan penanaman dan pengeluaran produk, kata Timbalan Perdana Menteri.
Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, hasil kolaborasi penyelidikan menemui kejayaan sainstifik termasuk nutrisi makanan dalam industri makanan, perubatan dan industri tambahan kesihatan makanan daripada minyak sawit.
Program genome itu bertujuan meningkatkan hasil dan mengurangkan risiko pencemaran, katanya dalam ucapan aluannya pada perasmian Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 (PIPOC 2023) oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di KLCC di sini.
Beliau berharap para pemain industri dalam rantaian sektor sawit negara mendapat manfaat daripada kongres dan pameran berkenaan untuk membangunkan industri kelapa sawit dan menghasilkan produk berasaskan minyak sawit negara.
Menurut Fadillah, industri kelapa sawit negara membangunkan dengan pesat sejak beberapa tahun lalu dengan menyaksikan pertumbuhan dan transformasi yang meyakinkan.
Kejayaan itu adalah hasil daripada pembangunan teknoloogi dan inovasi oleh MPOB dan pemain industri pula mengamalkan pengeluaran mampan dan meningkatkan hasil kelapa sawit, katanya.
Beliau menambah, penggunaan mesin meringankan tugas penuaian dan meningkatkan kecekapan pengurusan ladang.